Monday, 6 September 2010

Kisah Gempar Pengasas Nouvelle Visages Hilang

Jika selalunya kita mendengar, Ibu membuat laporan Polis anak gadis mereka hilang. terbalik la plak dengan kisah ni. Anak gadis buat laporan Polis Ibu Hilang. Menarik kan, lagi menarik berita ini apabila ia melibatkan seorang Jutawan dan juga pengasas kepada Produk Kecantikan Nouvelle Visages (terbelit lidah sambal belacan aku nak sebut) dan juga merupakan bekas isteri kepada Penyanyi rok Terkenal Nash. 


Mari kita kenal beliau dengan lebih dekat lagi 


Cukup dekat tak? hehehe


Jutawan kosmetik , Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dilaporkan hilang sejak seminggu lalu bersama tiga individu lain dipercayai peguam dan pemandunya serta seorang pegawai bank. Kehilangan Sosilawati menimbulkan misteri kerana sehingga malam tadi polis masih belum dapat mengenal pasti motifnya, malah ahli keluarganya juga tidak menerima sebarang panggilan menuntut wang tebusan. Beliau dilaporkan ke Banting untuk urusan perniagaan selama tiga hari. Tetapi, selepas tiga hari gagal pulang kerumah dan di hubungi oleh anak2 beliau, mereka telah membuat laporan polis kehilangan ibu mereka. Yang menariknya, beliau turut membawa jutaan ringgit bersama beliau. 


Mari kita membuat andaian: 


1. Adakah beliau di culik?
Dilaporkan ahli keluarga beliau masih belum menerima sebarang panggilan untuk menuntut wang tebusan. Okey, bersama beliau adalah wang yang bernilai jutaan ringgit (Tidak dapat di pastikan berapah nilai sebenar wang tersebut). So, penculik-penculik tersebut tak perlu la kan nak mintak wang tebusan.


2. Mungkin kereta beliau dah terjunam masuk Gaung tanpa di sedari oleh orang ramai.
Okey, sebenarnya boleh di terima jugak. Tetapi memandangkan sumber sumber yang di ragui kesahihannya melaporkan kereta yang dinaiki beliau telah di temui di USJ 1 pukul 10 lebih malam tadi. Maka jika berita ini sahih, maka andaian ini tidak boleh di terima.


3. Mungkin terdapat komplot di antara tiga induvidu yang bersama beliau untuk melakukan hal yang tidak baik terhadap beliau. Ala, macam dalam cite-cite drama atau sinetron Indonesia tuh. Logik kan?


Dan persoalannya, Beraninya beliau MEMBAWA JUTAAN RINGGIT SECARA TUNAI ???? Atau adakah beliau mempunyai perancangan beliau yang tersendiri?  


Setakat yang dilaporkan hari ini, Pihak polis masih sedang dalam penyiasatan awal dan mereka sedang meneliti senarai panggilan telefon terakhir yang di buat oleh beliau. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes orang hilang setakat ini. Mungkin bila dah dapat petunjuk nanti, akan di klasifikasikan sebagai kes jenayah kot.  Ini hanyalah andaian saya, bukan andaian pihak polis. 


Okey tak boleh cakap lebih lebih. Sebab orang ramai di nasihat tidak menimbulkan sebarang spekulasi kerana akan mengganggu siasatan pihak Polis


Sebagai seorang anak, seharusnya aku bersimpati dengan anak-anak beliau. Sedih kan beraya tanpa Ibu. Ape2 pon, kita semua doakan semoga beliau di jumpai kembali dengan selamat. Korang nak tahu? Harta dia berjuta-juta weh, kalo beliau di klasifikan sebagai Missing In Action (M.I.A) segala harta2  beliau akan di bekukan. 

No comments:

Post a Comment