Minggu nih aku rase, banyak benda yang berkaitan dgn kiamat terlintas di fikiran aku. Bermula dgn Ledakan Gunung Berapi, Tsunami, skrg pulak dkt HBO hari-hari duk ulang Movie 2012. Bila aku tgk cerita tuh, Ya Allah. betapa dahsyatnya kiamat. Teringat pulak tentang Cerita Bahtera Nabi Nuh. Ade sedikit persamaan ceritanya dengan apa yang ade dalam 2012, Nabi Nuh buat satu bahtera yang besar untuk persediaan menghadapi banjir besar, dibawa masuk juga haiwan2 ke dalam bahtera tuh. Mungkin mereka ambil dari cerita Bahtera Nabi Nuh a.s. Tiba-tiba dapat pulak e-mel yang menceritakan hal kiamat Sughra 2012. Wallahualam.
Aku tertarik dgn words " WE WERE WARNED". Dalam kitab AlQuran tuh sebenarnya Allah telah lama memberi amaran kepada kita tentang Hari Kiamat ini.
Sabda Rasulullah:
"Kiamat itu ada dua. Kiamat Sugra (Kecil) dan Kiamat Qubra (Besar). Kiamat Sugra ialah Kiamat dimuka bumi sahaja diakhir zaman. Akan masih ada segolongan kecil yang hidup untuk pembiakan umat baru yang akan bertemu Nabi Isa A.S. Manakala Kiamat Qubra ialah Kiamat yang seluruh alam semesta dan galaksi hancur. Tiada lagi manusia yang hidup, dan tiada lagi bumi."
"Umatku ada dimuka bumi ini selama 1,500 tahun lamanya. Sebelum terjadinya Kiamat Qubra, akan tiba Kiamat Sugra.Sebelum datangnya Kiamat Sugra, akan ada tanda-tandanya. Begitu juga sebelum tibanya Kiamat Qubra."
Ayat al-Quran:
"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh."
"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya.Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru."
Aku teringat tentang satu artikel yang aku baca tentang Firman-firman Allah mengenai Gunung Ganang.
".....bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?" SURAH AN-NABA': 5-6
“Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembangbiakkan padanya segala macam jenis binatang“.
Sekiranya manusia semakin rakus menggondolkan gunung-ganang, maka benda yang menyokong bumi ini semakin lama semakin lenyap sedikit demi sedikit. Tidak hairanlah mengapa semakin banyak berlaku gempa bumi, kitaran hujan yang tak menentu, cuaca yang semakin bercelaru dan sebagainya. tangan siapa yang melakukannya? Tetapi, kita harus sedar bahawa Allah telah menetapkan segala-galanya sejak azali lagi. Bila Dia mahu menciptakan langit dan bumi, bila pula Dia mahu menghapuskannya. Semuanya di bawah kekuasaanNya. Dia menciptakan segala-galanya dengan sangat indah. Daripada sehalus-halus zarah hingga sebesar-besar galaksi. Bumi ibarat satu titik halus di angkasa.
Lapisan kerak-kerak bumi terus bergerak dan tergelincir. Mungkin satu hari nanti bila sudah sampai waktu dan ketikanya. Kita akan tenggelam.
Ust.Harun Din dlm ceramahnya, ada membaca sebuah artikel yg menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat . Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan Sept 2008 lepas.. Maknanya, planet yg dekat dgnnya jugak (bumi la) akan bertukar arah pergerakan dia.. Maka pada saat tu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur...
Penjelasan Saintifik Bagaimana Ia Berlaku:
Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet X (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun.. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter (Musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub-kutub ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA.
Pada bulan Mei 2009 lalu Planet X berwarna merah jelas kelihatan oleh semua penduduk bumi selama sebulan antara jam 1am - 3am...
Peristiwa ini seperti yang pernah berlaku semasa banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu.. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi... Ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari..
(Tanda tibanya kiamat kecil objek merah di langit kelihatan)...
Amerika Syarikat dan negara barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran-banjaran gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi ini akan lenyap...
Di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri-ciri keselamatan dan dari ancaman bencana..
(Rujuk paper bulan Februari 2008, kosmo, Berita Harian dan lain-lain)
Benarlah sabda RASULULLAH
Satu hari nanti bumi akan hancur dan ditenggelami air selama 40 hari, dan satu zaman baru muncul dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno...
Jadi bersedialah kita umat Islam.!!
Kajian... (ALLAH Maha Mengetahui dan mahu kita berfikir..)
a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... Sekarang sudah 1440 = 426 + 12 tahun hijrah. Daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, Alam akan kiamat (Besar) pada tahun 2066.
b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.
Namun, Amerika telah cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang jauh lebih besar dari Bumi juga akan menghentam bumi dalam masa 60 tahun lagi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.....
c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Mereka merancang memusnahkan Kaabah pada tahun 2011. (Meruntuhkan Kaabah mengundang kemurkaan Allah, mungkinlah juga Kiamat Kecil 2012 itu disebabkan kemurkaan Allah)Dan kuasa Israel akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa.Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat selepas itu..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...
Dianggarkan Kiamat Qubra (Besar) Antara Tahun 2062-2066...
Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...Kita telah berada di bumi ini selama 1440 tahun...
Waktu pagi yang endah. Sgt endah bile kita terbangun seawal pukul 4 pagi, perut pulak tidak henti2 menyanyikan Lagu Can't Take My Eyes of You yang di popularkan oleh Muse. Terasa sgt dingin yang mencucuk-cucuk tulang2 sum bila angin2 suci waktu pagi menerjah masuk melalui tingkap2 yang sengaja aku bukak luas-luas. Mencuri sedikit masa yang banyak di waktu pagi sebelum memulakan kerja adalah sesuatu yang patut di grab oleh semua orang. Argh...siyal ape aku merepek. Termerapu pula mukadimah ini.
Ada orang malas nak fikir apa beza sahabat, kawan, rakan dan teman. Argh, di sebabkan aku seorang yang degil dan keras kepala macam kafe batu keras aku tetap nak pikirkan jugak apa beza kawan, rakan, sahabat, dan teman. Maksud macam sama, tapi bunyik dan ejaan nya lain dowh. Sebab tu lah wujud perkataan yang berbeza. Bagi aku la, ianya sangat berbeza. Kalau korang masih lagi mengatakan ianya sama, argh lantak korang ar. Aku tetap nak cakap lain jugak.
Apa maksud kawan?
Bila ade Facebook, makin mudah kita menjadi kawan kepada seseorang. Seseorang yang amat suci dan naif serta pendiam seperti aku yang tidak pernah melalak di dalam kelas atau dalam erti kata lain "Sombong" pon boleh menjadi seorang yang amat peramah bila berada di dalam pentas Facebook. (Owh, sungguh dramatis ayat aku, tapi tiada kaitan dgn maksud kawan. Bongok!)
Mari kita berbicara dengan lebih serius tentang maksud kawan. Aku rasa, kalo kita pernah kenal dengan dia, maksud aku kita tahu nama dia, dan pernah berborak dengan dia. Kita dah anggap dia kawan kan? Kalau aku, aku dah anggap kawan la kalau macam tuh. Orang yang kita tak suka pon kita tetap anggap dia kawan kita. Bila kita keluar bersama kawan-kawan kita yang lain, dan suddenly terserempak dgn seorang rakan sekerja yang kita tidak suka dan beliau menegur kita. Haruslah kita memperkenalkan kepada kawan2 kita yang lepak minum bersama kita sebagai kawan sepejabat kita. Betol tak? Dengan orang yang kita tak suka pon kita berkawan. WTF! (Tapi, kawan2 aku sume aku suka, jgn terasa hati, ini adalah contoh sahaja). Kawan ini pula ada banyak kategori. Kawan rapat, kawan kepada kawan, kawan macam2 tu jer. Paling mudah kalo korang nak cari kawan. Korang pergilah mendaki gunung, mesti dapat ramai kawan baru.
Sahabat,
Sahabat seorang yang paling akrab dan rapat dengan kita, sanggup menempuh onak dan duri bersama-sama kita. Dia tahu segala-galanya tentang kita, dan sanggup berbuat apa sahaja untuk diri kita dan keluarga kita.
Berapa ramai kawan-kawan korang yang anda anggap sahabat? Aku? aku rasa aku pernah ada dulu, tapi skrg dah tak der. Dia dah jadi macam stranger dalam hidup aku. Tak perlah, yang penting dia masih kawan aku. Kita ada ramai kawan dowh, tapi berapa ramai sebenarnya kawan yang sanggup tolong kita bila kita susah? Berapa ramai kawan sebenarnya yang bergembira bila melihat kita jatuh? Mereka sekadar datang menunjukkan simpati dalam erti kata lain "aku simpati dengan apa yang terjadi terhadap kau". Tapi dalam hati mereka sebenarnya sangat gembira. Dan berapa ramai sebenarnya kawan yang sangat gembira bila melihat kita gembira? Mereka sekadar datang dan mengucapkan Tahniah! Aku bangga dengan kau. Tapi dalam hati mereka sebenarnya " Siyal la kau!". Argh, ade yang cakap kawan selalu makan kawan. Aku tak sangka masih wujud lagi manusia kanibal di alaf baru ini.
Aku ade a few kawan yang aku tak nak kategorikan sebagai sahabat, sebab aku rase mereka tidak layak untuk di gelarkan sebagai sahabat. Sebab bagi aku, pengertian Sahabat untuk aku tu, sesuatu yang amat tinggi darjatnya di sisi aku. Dan, dia sanggup sacrifice segala-galanya untuk aku. Tapi, aku patut cakap, aku ade beberapa kawan yang aku anggap rapat dalam hidup aku. Korang memang terbaik dowh! Aku malas nak sebutkan name-name mereka. Biar aku jer la yang tahu kan. Aku pon rase, aku tak layak dianggap Sahabat untuk sesiapa! So, jangan sesiapa anggap aku sahabat!
Sesiapa yang pernah aku kenal, pernah baik dengan aku, aku tetap anggap dia kawan, walaupun dia dah block aku dari FB list dia. Hahaha....Sorry la, aku suka berterus terang, kalau tak suka dengan comment aku, delete jer la kan. Tak perlu nak block aku terus. Itu sangat pengecut aku rasakan. Takkan la kau nak block sume orang yang tak setuju dengan pendapat kau. I'm so outspoken dowh.
Okeyla, bagi aku sume kawan-kawan aku mmg terbaik! Maybe dia bukan sahabat untuk aku, tapi sahabat untuk orang lain kan? So, okey la. Argh...aku nak gi keje ar, dah nak pukul 9 dah....Penat aku melalut!
Gambar ini tiada kaitan. Cuma aku nak tanya, Kacak tak aku? Secocok tak dengan Diana Danielle?
aku bukak balik kotak2 buku lame2 aku..dgn harapan aku jumpe la buku2 yang menarik untuk aku bace harini...tbe2 aku terjumpa satu buku..aku tgk balik buku aku nih...buku kaler itam, macam sebuah diary sebenarnya..(MUDA HOLDINGS BERHAD)..aku dapat mase aku menang Pertandingan Esei Peringkat Kebangsaan 2002....oho...lame giler simpan, 7 tahun...(plg lame aku rase buku aku simpan, buku darjah satu..Buku latihan BM..ala yg kotak2 empat segi tuh... Buku tuh aku simpan sebab nostalgia yang teramat sgt...sgguh mendalam mencengkam dalam hati sanubari...hahha..certanya pasal huruf m jerk...Cikgu suruh tulis huruf m besar...aku tulis la huruf m..bile anta....salah plak...cikgu aku cakap, saya suruh awak buat M besar...bkn m kecik...almaklumla..aku kan darjah satu time tuh...bodo la skit...aku ambik balik buku tuh...aku tulis m kecik jugak..tapi aku tulis besar2....satu page tuh penuh m besar aku..dapat tulis satu huruf jerk...bile anta..cikgu ckp aku xpaham...tapi, Cikgu xpenah nak memahamkan aku...camne aku nak paham... Bile aku tgk balik buku tuh...aku gelak sorang2....sgguh klakar... haha..aku nak share pasal benda alah pe benda ntah yg aku tulis nih...macam menarik plak poem aku bile aku bace balik...biar ler aku jer yg tahu, ngape bleh terzahirnya poem ini...(kalo bace pon dah bleh agak dah kan knape)..... Days, Come and go as I roam, I spent all the time with a sorrow aside, All the peoples around me are bent, All of them are bias, I never feeling this before, It's happen when all the things gone wrong, I ran out with all the pain painted in my heart, I left all my dreams behind, And I kill them all, I let my soul soar above, To find the day that I joy, My soul return with the sadness inside, It is hurt when all the things gone wrong, I start bear in my mind, It might be something for me implicid, My hearts remind me to heal, I tried, but I stumbled, The surrounding won't let it be, It make me become so numb..... 20/12/2003 Mohd Zool Hilmi Kolej Mara Seremban.
Sangat menguji kesabaran kan bila kita tunggu baju raye kita tak siap2 lagik. Dah la lagi dua tiga hari jer nak raye, nasib baik aku seorang customer yang sangat cool habis. Tapi meletop la jugak kesabaran seorang Insan kerdil yang sangat terkenal dgn sifat kesabaran ini di seantero pelusuk dunia. (chewah, t'gepak plak). Panas hati punyer pasal der, terus la pegi serang kedai Jahit yang buat baju aku tuh kat Alam Sentral.
" oit, ko ingat ko sorang jer nak raye? baju raye akak pon akak belum jahit lagi ni taw"
Menjawab pulak akak nih. Hangin la aku kan. (Dah ko tanye, mmg la dia jawab..sengal). Maka terus la mengamuk sakan kat kedai akak tuh. Habis semua baju2 yang tersusun elok di penggantungan aku terbalikkan jatuh kat lantai. Tak sangke pulak aku boleh bertindak sedemikian rupa.
Tahu pon akak tu takut, amik ko. Terbeliak bijik mate dia tgk aku. Mengigil gigil, terketar-ketar tangan dia. Terus dia siapkan baju aku dgn segera. Hah, tahu pon ko takut.
xder la...Cerita kat atas tuh aku tipu jerk. Sila lah jangan percaye. Takder la aku nak menggila nak pegi mengamuk kat kedai orang kan. Huh...Adoyai. Nasib badan.. Mula2 tengok kain mmg cantik, color Pink okey. Sgt Vogue untuk Hari Raye Yang Endah. (WTF, jambu dowh kaler Pink). Tapi, aku tak pernah pulak kan ade baju color pink. Tanpa berpikir panjang dan mengetest pada warna kulit aku yang sangat la halus mulus putih gebu, Slumber..."okey kak, saya nak kain nih. Buat yang terbaik okey". Sebelum Puase lagi dah siap tempah awal. Almaklumla., nanti dah bulan puase budget mesti banyak larik lepastuh, tailor pon dah takder dah yang nak amik lagi ha. Sume dah closed. Yang aku punyer buat sebelum puasa pon, baru hari nih siap. Sgt menguji kesabaran, nasib baik Encik Tailor pandai mengambil hati pelanggan dgn menghadiahkan dua set butang baju melayu yang sangat cantek. Terima Kaseh.
Bila dah amik baju, dah test pakai. Huish...sgt terbaik buruk syial baju aku tuh. Korang bayangkan. Kalau kulit korang seputih Hero Tamil dalam Cite Paddayapa lepas tuh, pakai plak baju melayu kaler pink.
Terbaik kan, Hitam mutu Keunggulan. Ikan tu pon terbaik..heheh
Alamak..terkantoi plak...terupload baju raye awek aku,,sedondon dowh tahun nih..hikhik
Ini baju melayu Pink orang lain, aku punyer lagi smart.
Korang Imagine sendiri ar, aku yang hitam macam tuh, Pakai Baju melayu kaler pink, berjalan plak dengan awek aku yang sangat suwit. Macam Beauty and the Beast plak....Damn!!! Tapi, xper..aku percaya dia akan setia dgn aku. Hehehe.....
Jika selalunya kita mendengar, Ibu membuat laporan Polis anak gadis mereka hilang. terbalik la plak dengan kisah ni. Anak gadis buat laporan Polis Ibu Hilang. Menarik kan, lagi menarik berita ini apabila ia melibatkan seorang Jutawan dan juga pengasas kepada Produk Kecantikan Nouvelle Visages (terbelit lidah sambal belacan aku nak sebut) dan juga merupakan bekas isteri kepada Penyanyi rok Terkenal Nash.
Mari kita kenal beliau dengan lebih dekat lagi
Cukup dekat tak? hehehe
Jutawan kosmetik , Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dilaporkan hilang sejak seminggu lalu bersama tiga individu lain dipercayai peguam dan pemandunya serta seorang pegawai bank. Kehilangan Sosilawati menimbulkan misteri kerana sehingga malam tadi polis masih belum dapat mengenal pasti motifnya, malah ahli keluarganya juga tidak menerima sebarang panggilan menuntut wang tebusan. Beliau dilaporkan ke Banting untuk urusan perniagaan selama tiga hari. Tetapi, selepas tiga hari gagal pulang kerumah dan di hubungi oleh anak2 beliau, mereka telah membuat laporan polis kehilangan ibu mereka. Yang menariknya, beliau turut membawa jutaan ringgit bersama beliau.
Mari kita membuat andaian:
1. Adakah beliau di culik? Dilaporkan ahli keluarga beliau masih belum menerima sebarang panggilan untuk menuntut wang tebusan. Okey, bersama beliau adalah wang yang bernilai jutaan ringgit (Tidak dapat di pastikan berapah nilai sebenar wang tersebut). So, penculik-penculik tersebut tak perlu la kan nak mintak wang tebusan.
2. Mungkin kereta beliau dah terjunam masuk Gaung tanpa di sedari oleh orang ramai. Okey, sebenarnya boleh di terima jugak. Tetapi memandangkan sumber sumber yang di ragui kesahihannya melaporkan kereta yang dinaiki beliau telah di temui di USJ 1 pukul 10 lebih malam tadi. Maka jika berita ini sahih, maka andaian ini tidak boleh di terima.
3. Mungkin terdapat komplot di antara tiga induvidu yang bersama beliau untuk melakukan hal yang tidak baik terhadap beliau. Ala, macam dalam cite-cite drama atau sinetron Indonesia tuh. Logik kan?
Dan persoalannya, Beraninya beliau MEMBAWA JUTAAN RINGGIT SECARA TUNAI ???? Atau adakah beliau mempunyai perancangan beliau yang tersendiri?
Setakat yang dilaporkan hari ini, Pihak polis masih sedang dalam penyiasatan awal dan mereka sedang meneliti senarai panggilan telefon terakhir yang di buat oleh beliau. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes orang hilang setakat ini. Mungkin bila dah dapat petunjuk nanti, akan di klasifikasikan sebagai kes jenayah kot. Ini hanyalah andaian saya, bukan andaian pihak polis.
Okey tak boleh cakap lebih lebih. Sebab orang ramai di nasihat tidak menimbulkan sebarang spekulasi kerana akan mengganggu siasatan pihak Polis
Sebagai seorang anak, seharusnya aku bersimpati dengan anak-anak beliau. Sedih kan beraya tanpa Ibu. Ape2 pon, kita semua doakan semoga beliau di jumpai kembali dengan selamat. Korang nak tahu? Harta dia berjuta-juta weh, kalo beliau di klasifikan sebagai Missing In Action (M.I.A) segala harta2 beliau akan di bekukan.
Harini dah 27 Ramadhan. Maknanye lagi beberapa hari jer kan kita semua bakal menyambut kedatangan Satu Syawal. Anak2 kecil yang comot pon nak bilang dah tak payah pakai dua tangan, satu tangan pon dah cukup. Sbb lebih kurang lagi 4 hari jer kan...Kalo, kecik2 dulu, mase masih hingus meleleh di hidung, mase masih amat suci dan baik, masih belum mummayiz la katakan, (sbb tu lah mase hingus tengah meleleh tu korang pegi jilat ngan lidah slumber jerk, belum mummayiz kan..yuck sgt pengotor dowh korang). Hari Raya adalah hari yang paling di tunggu dalam hidup selain hari untuk berkhatan yang mengerikan untuk kanak2 lelaki yang sgt chumel seperti aku. (lps berkhatan, balik umah, aku slumber jerk naik BMW(w = x)), pegi jumpe kawan2 - Sempoi..balik rumah, kena marah ngan bapak aku...hahaha).
Itu mase kecik la kan...bile dah dewasa macam nih, dalam erti kata yang kurang hajar sikit. Dah tua bangka macam nih, saat2 yang paling di tunggu adalah malam pertama kan? Haa...xyah nak malu malu..Itu perasaan yang sangat normal dowh. Kalo korang tak der perasaan macam tuh. Korang yang tak bape normal.
Entahla, bile dah semakin dewasa dan hidup bergelar anak Teruna nih, makin kurang dowh feel nak raye. Aku tak der buat ape2 persiapan raye tahun nih. (Takder, aku tipu jer. Hehe.. Before puase lagi aku dah tempah siap2 baju melayu aku. Tapi sampai hari ni belum siap lagi. Tapi xper, aku sgt cool, aku tak risau sgt pon pasal baju raye aku yang tak siap tuh. ) Tapi itu jerla persiapan raye aku untuk tahun ini, Tahun lepas dan tahun2 yang sebelumnya, Ibu aku yang seponsor sume baju raye aku. Ni lah first time aku membuat persiapan raye sendiri. Tu pasal la aku x beli ape2, budget ciput beb. Lagi pon, suke plak kan lelaki yang kacak seperti aku berjalan2 di shopping mall untuk membeli belah. Sgt bahaye dowh, nanti ade gadis2 gersang yang muke sangat horror menculik aku, habislah keterunaan yang aku simpan selama ini...Kalo cun aku tak kisah, " I rela You" (sambil dalam hati menjerit, rogol lah saye, rogol lah saye---> okey, itu imaginasi yg sgt melampau sbnrnya)
Sume org di fesbuk sibuk mengupdate tak sabar nak balik kg, sibuk buat kuih raye, sibuk shopping raye...ade plak yang tersangat la over excited dah update status wish Hari Raya. Tersangat jeles sebenarnya, nak jerk aku update status tgh bershopping beli baju raye jugak kan. (tapi xbaik kan....menipu dowh...sebab aku x bershopping raye pon...hahhaa). Lupekan jer la tajuk posting aku tu yerk...sebab aku dah melalut ape2 entah.
Walaobagaimana pon, untuk kawan2 yang dah start cuti raye, and balik kampung. Memandu lah dgn berhati-hati, ingat lah korang tu belum kawin lagi...tak sempat merasa nikmat dunia nanti dowh...Untuk kawan2 yang tak dapat cuti raye...padan muke korang........Hmm..aku tak teruja sgt pon nak raye....Lagi teruja memikirkan pasal malam pertama hari perkahwinan aku.... (WTF..hahahha)....
Setiap hari Ahad adalah hari yang wajib untuk saya pergi memancing, jika saya tidak mendaki bukit atau gunung (selalunya, once a month jer aku gi hiking). Tak kisah la kat mane. Janji aku dapat memancing. Tetapi hari Ahad ini adalah hari yang amat menyedihkan kerana saya tidak dapat berbuat demikian. Sepatutnya saya dan Encik Azwan pergi mericky lubuk2 baik di sekitar Sungai Langat pada pagi Ahad yang sangat Indah ini, tetapi tuntutan kerja yang sangat melambak dan memeningkan kepala telah mendukacitakan saya. (Siyes cam nak nanges bile tak leh gi mancing).
Kelong Telok Gong
Hehe..naik Bot la konon kat PD
Pulau Ketam
Sekarang saya sgt addicted dgn aktiviti pemancingan ini. Sungguh rase amat tidak selesa, rase hidup sgt tidak complete jika tidak dapat berbuat demikian. Okey, skrg kamu semua cuba imagine, jika setiap pagi slps bangkit dari tido kamu akan korek hidung, rase sgt tidak selesa kan jika kamu semua tidak dapat berbuat demikian setiap pagi? Mcm tu lah perasaan saya jika tidak dapat memancing pada setiap ahad. Satu perasaan yang sangat teruk .
Mengenang kembali keterjebakan dalam aktiviti memancing nih. Owh, rupanya sejak kecil lagi saya sudah memancing bersama Abah. Tapi, hobi bersama Abah itu tidak kekal lame. Sewaktu menjurus ke Alam Persekolahan Menengah, saya sudah tidak lagi pergi memancing bersama Abah, sangat tidak rock rasanya pergi memancing dgn Abah kan...nanti membe2 cakap...weh.."per barang memancing?"...jom ar kita lepak CC main Warcraft...Maka terpaksalah melepakkan diri di CC dan bermain Warcraft (femes kot mase Form 1 ngan Form 2 kan???). Saya sgtlah tidak suka sebenarnya bermain game warcraft nih...sebab xpenah menang pon....(Lagipon aku bukannya aku suke sgt kot main game2 macam nih kan) Sgt tidak adventure ok. Tapi, sebab nak berkawan-kawan punyer pasal..terpaksalah follow jerk membe2 mase tuh.
Lps dah masuk sekolah menengah, mmg tak pernah kot memancing.....sampai la aku menjejakkan kaki ke Kolej MARA Seremban..tu pon skali jerk...tapi aku telah membuktikan aku pemancing yang hebat beb..Aku sorang jer dapat ikan...membe2 yang lain..hampeh...time tuh dah la pakai rod buatan sendiri....sgt tradisional kan....
Bile dah masuk UiTM mmg xpernah la memancing....membe2 sume sgt Urban, tak layan la mancing2 nih....hanya melayan snuker...Siyes, aku x berminat langsung main snuker, bila tak minat...maka tak pandai la kan...hahaha.....Tetapi, oleh kerana betapa setianya aku memfollow kawan2 aku....aku lepak jerk kat Snuker Encik Matahari layan dieorg main snuker...Bosan??? Owh harusnya tidak...walaopon muka mmg mempamerkan bosan tak hengat..harus lah menguntumkan senyuman manis supaya membe2 tidak rase bersalah membawa saya ke Encik Snuker Matahari.
Bile dah masuk ke Episod Alam pekerjaan, weekend haruslah banyak mase percuma kan? Bermain futsal, dan di tubuhkan pulak team bola yang sangat rajin dahulunya membuat training pada pukul 1 pagi di padang dataran Shah Alam... Tapi sayang..team bola saya itu akhirnya terkubur begitu sahaja kerana masing2 tidak dapat memberikan komitmen yang penuh pada kerjaya ini. Maka, rentetan daripada itu lah bermula nya siri-siri menjadi seorang pemancing yang tegar. Mula2 follow jer membe pegi mancing kat kolam Sect 24, makin lame makin syok plak memancing nih kan....Terus balik dan membeli rod sendiri....Lps tuh, try layan mancing laut la plak kat Port Klang...Amik ko, sejak dari itulah hantu memancing terus masuk dan melekat ke dalam diri saya....
Selalunya dahulu, saya selalu memancing dgn En Azli, lps tuh...dia dah makin kurang memancing..kerana busy nak kawin kan...terhidu plak En Wadi pon minat memancing....terus menjadi hantu pancing la......Saya tak ramai kot kawan2 yang suka memancing.... (aktiviti sgt bosan kot dieorg cakap)....So, hanya lah kuar memancing dengan orang2 yang same jer la..hahhaha.....So sape2 yang penah follow saya memancing...akan kenal dgn sendirinya kawan2 pancing saya yg lain....sebab tak ramai pon kawan aku yang suka mancing...hahha...
Ikan yang sangat mahu diburu adalah Siakap Merah...Dulu2 aku suka update status kat FB Ops Siakap Merah....wakaka...tapi skrg dah malas nak wat status macam tuh....sebab ianya akan menghampakan diri sendiri ..wakaka...Tapi, ape yang difikirkan sekarang....adalah rod G Loomis dan Reel Calcutta Conquest adalah menjadi idaman hati saya....Sangat berharap satu hari nanti saya akan memiliki rod idaman saya itu....Harga dia korang xyah tanya...orang yang berpendapatan kecil macam aku, perlu tidak makan untuk 6 bulan baru boleh beli...wakaka
Sape yang kaye, sila hadiahkan untuk saya Idaman Hati saye ini..
Menikmati keindahan panorama alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa adalah sesuatu yang boleh mendamaikan jiwa dan minda.
"orang lain, hujung minggu pegi tgk wayang, shopping, ko menyusahkan diri nak naik bukit, panjat gunung, ape ade kat atas tuh?..nah rasekan."
Ibu aku cakap " Ish, buat ape la nek gunung, masuk hutan, bahaya la....rimau ade, gajah ade, ular ade"
Bapak aku cakap " buat ape naik gunung, ade ape kat atas tuh. dapat penat jer"
Kakak aku cakap " Duk rumah lagi bagus, dari dok buat keje giler naik gunung"
Abang aku cakap " Mie naik gunung buat ape mie?"
Kawan2 cakap "ko nih tak penat ke nek gunung?"
Tapi itu dulu dulu la kan. Skrg...
Ibu aku - "dia dah tak cakap ape2, sbb aku jrg bgtahu dia kalo aku nak naik gunung atau bukit. For sure dia akan berleter..hahhhaahaa
Bapak aku cakap " Naik gunung dgn sape? dgn kawan2 haritu ke?------->merujuk kepada En Azwan yg berkunjung ke Majlis Kesyukuran rumah kakak aku haritu. Naik gunung elok2. "
Kakak aku " biarla dia naik gunung, kan bagus xtvt nih, sihat. Nak pegi mane2 kena bagitahu. Jgn bagitahu ibu, nnti dia berleter". (menyedari yg ibu aku xsuke aku menceburkan diri dlm xtvt ini)
Abg aku "minggu nih mancing ke naik gunung?"
Kawan2 aku "weh, nanti kalo ko naik bukit atau gunung next time, aku nak join lah"
Since aku kecik aku mmg sukakan aktiviti outdoor macamnih, bercamping trekking masuk hutan, memancing. Sebab itulah aku masuk pengakap....Once Scouting, forever Scouting rite..kehkehkeh
Itu mase sekolah la the last time aku buat aktiviti2 outdoor macam tuh. Bila dah masuk U, alamak....terus meninggalkan nya langsung..sekali jerk pergi mase aku masuk kelab Kembara beb mase Part 1 UiTM dulu...mmg suke siot mengembara2 nih....dan cita2 aku..mahu mengembara mengelilingi benua Asia pada tahun 2012...(duit tak cukup lagi beb, sape2 yang bermurah hati boleh la membuat derma ikhlas kat aku....no akaun Bank Aku aku bagi kemudian k...Serius....aku serius nih)
Kembali balik kepada rentetan aku bermula mendaki gunung. What a bored life kan bile kita dah memasuki alam perkerjaan. Weekend tak tahu nak buat ape, sebab aku tak pernah kot ade rehat waktu weekend (mase aku study dulu aku keja partime-so...mmg jadual aku hari2 full). Aku start memancing balik. Pegi kolam berbayar yang banyak wujud di sekitar Shah Alam nih. Kadang2 aku follow membe aku pegi mancing laut kat port Klang. Selalunya pegi Tg Harapan atau Jambatan Seringgit pulau Indah (ngeri beb jambatan nih, dgr lori bergegar2 lalu kat atas kepala ko. Kadang2 memancing secara haram di Tasik Shah Alam...banyak wo..seguni keli boleh dapat...(tapi xmakan pon..lpskan balik)
Betul kot, bila kita semakin dewasa..kawan2 kita semakin kurang...Itulah jugak faktor yang menterjerumuskan aku mendaki gunung. Alkisahnya bermula bila aku kembali menjadi pemancing tegar bersama Azwan..tiap2 weekend weh memancing kat Port Klang, sebelum tuh layan karoks dulu..kakaka...mmg giler sgt giler memancing waktu tuh..Tiba2 satu hari Azwan berkata " weh, kita nek Gunung nak? Abang aku ade wat event Naik Nuang nih. Aku ape lagi terus on jerk....Mmg aku suke kot xtvt2 macam tuh kan.
Bersemangat nya si Azwan nih, beberapa hari sebelum kiteorg nek Nuang, beliau dtg Shah Alam...kiteorg same2 pegi carik barang2 untuk nek Gunung...
Tibanya hari yang ditunggu-tunggu. Lps kerja, aku terus gerak pergi Cheras (meeting point untuk ke Trip Kali ini)
Kami bertiga (Aku, Azwan and Emy) sgt beginner kot pada waktu itu. Tapi Alhamdulillah, trip ini sukses dan amat sukses. Kiteorg stat trekking dari luar jam 11 malam dan samapai ke Kem Lolo lebih kurang jam 3 Pagi. Setup tempat camping dan terus tido. Tido kah??? Hahaha
Aku mmg dah terbiasa dgn aktivti2 semasa berpengakap. Menyanyi, sambung2 lagu dan pelbagai lagi aktiviti yang menyeronokkan. Aku try apply mase kami ber3 nak tido dalam satu khemah. Jom kita main sambung2 lagu. Tak kisah lirik dari mane2 lagu...nyanyi punya nyanyi...tibe2 sampai part Emy nyanyi...."gerimis di lautan, mendayung sampan ke Muara" Damn....secara serentak kami bertiga ketawa terbahak2..amik ko..hutan yang sunyi sepi itu di pecahkan dgn gelak dan hilai tawa kami...(aku kalo gelak, mmg ssh skit nak berenti)....--aku pon tak faham kenapa kiteorg bleh ketawa terbahak2....
Akhirnya, tertido jua kami akhirnya dalam hilai tawa. Bangun pagi esoknya terus trekking sampai Puncak. Berjaya kot....Lepak2 sambil memperkenalkan diri dgn Bobot..Tupai Puncak Gunung Nuang yang sgt jinak dan skrg telah diabadikan pada nama team kami BABAT (Bobot Backpackers and Adventure Team)..Lepas lepak2 terus turun balik. Trekking sampai luar...sampai kat Luar lebih kurang jam 8 malam kot...penat amat seh dgn kelaparan yang mencengkam usus2 perut. Maka kami bertiga telah bercadang untuk makan2 sebelum pulang. Mase tuh, mmg tak rase lagi kan sakit2 kaki. Bila dah naik kete, sampai kat kedai makan...amik ko, nak turun semua mengangkang...wakakaka...aku mmg terbahak2 kalo teringat peristiwa nih...
Alkisah bila dah sampai Kedai Makan...tiba2 perut aku meragam...adoi, sangat sakit kot..belum sempat order aku sampai..aku terus masuk keta dan baring..tak tahan seyh. Mohd Azwan la yang telah menjadi saksi betapa kesakitannya perut aku pada masa itu...Nak jalan pon dah tak boleh.
Lepas tuh, aku mmg serik sekejap nak nek gunung...hahha...tapi dah lame2..diteruskan jugak...
Nikmatnya mendaki Gunung...bila kita melihat keindahan dari puncak....Lautan hutan yang menghijau....bile dah lame korg tak naik puncak...korang pasti akan rindu....The best view untuk aku skrg...spjg trek dari kobu ke Gayong....Itu boleh buat aku menangis bila aku ingat view2 yang superb kat situ...Ya Allah, rindunya aku pada Korbu Gayong....
Rupa-rupanya..dgn melihat ciptaan-ciptaan Allah yang secara langsung ini, seperti hutan, langit, bintang, bulan dll...hati kita akan menjadi tenang....Dan perasaan bila kita sampai di puncak itu adalah amat tidak boleh digambarkan dgn kata2. Nak tahu, korang naik sendiri k..
Semua orang mempunyai cita-cita. Begitu juga dgn saya. Ade yang bercita-cita nak jadi Polis Trafik, Tentera, Bomba dan sebagainya. (itu merupakan cinta2 yang strandard mase kite darjah satu kan... kan???). Okey, tapi pada masa itu saya sudah bijak, xmaen la cita2 nak jadik polis nih....ape kelas..saya nak jadik Austronot mase saya dajah satu dulu(xdela saya tipu jer..saya pon xtahu ostronot tu menatang ke buah ke, atau sejenis name stereotaip untuk kambing)
Ramai yang mempunyai banyak cita2. Cita2 saya sering bertukar2 setiap tahun, kadang setiap bulan, kadang2 setiap minggu, kadang2 setiap hari. Boleh bayangkan tak betapa banyaknya cita-cita saya pada masa dahulu. Saya amat mudah untuk terpengaruh, sebagai contoh: Anda ingat tak drama Roda-roda Kota Raya, musti ingat kan??? Yg incek Mustafa kamal belakon jadik Polis Tafik tuh...time tuh kalo tak silap aku, aku darjah satu kot.Hu, time tuh, mmg rase sungguh seronok jadik polis trafik, nek moto besar, ade telepon beb kat baju (walkie talkie la Zool)...Oh, itu sudah cukup membuat kan saya teruja untuk menjadi seorang palis trafik. Nampak macho kan dgn berpakaian uniform Encik Polis Trafik, pakai spek itam plak cap Riben...aku sgguh menconfirm kan diri, mesti ramai gadis2 manis yang akan terpikat dgn aku bile aku jadi Polis Trafik satu hari nanti.
Nampaknya cita-cita saya tidak kekal lame jugak. Oleh kerana saya mudah terpengaruh Saya telah bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak sebagai akibat terpengaruh dgn bapak saya.(bapak saya seorang pemain bola sepak yg hebat pada waktu ketika dahulu)...beliaulah yang menyebabkan saya minat bermain bola sepak (time tuh jaguh kampung jerk, men bola kat padang....balik rumah mak berleter suruh cabut kemuncup yang melekat kat suar ngan baju...ohoho...ganas kemuncup boleh melekat sampai ke baju...yerla...sebab main bola sampai guling2)...time nih men bola pakai boot bola kain...ingat tak yg kaler itam tuh...
Gile lar kan Cite2 berubah tiap2 tahun....
Lps tuh aku dah tak ingat cita2 aku...seingat aku..aku pernah bercita-cita nak jadik Perdana Menteri mase sekolah rendah dolu. Itulah sebagai akibat aku terlalu mengadmirekan Tun Mahathir, aku masih ingat lagik time kecik2 dolu2 aku suke mengumpul artikel-artikel ttg Dr Mahathir, aku gunting aku tampal dalam buku Sekerap aku...hahaha...Cita-cita terlalu tinggi, nak jadik Perdana Menteri. Saya malu sebenarnya pada masa itu, kerana cita-cita saya terlalu tinggi.Mase dah nek jahnam, pelajar dajahnam ade kad pelajar, dekat pelajar tuh ade letak Cita-cita....saya slumber buat Perdana Menteri.Ramai kawan2 mentertawakan saya (saya rase sungguh malu)
Okey, bile saya sudah meningkat keremajaan. Cita-cita saya mula menunjukkan kematangan. Saya nak jadik Penganalisis Politik atau Penganalisis Ekonomi yang hebat. Hebat kan cita2??? (Zool, cita2 mestilah hebat)...ok, saya tahu cita2 itu perlu hebat kan..Xsalah kan kita berangan-angan???itu kan menunjukkan kita mempunyai daya imaginasi yang tggi....betul tak...Aku dah xlarat nak cite pasal cita2 sebenarnya, ade byk lg cita2 aku, Nak jadi Doktor....nak jadi Lawyer .dll.....kakaka...Tapi, aku sdr cita2 aku sebenarnya nak jadik seorang wartawan ..(kenape aku tak dapat Course nih???aku wat 2nd choice taw dalam brg UPU. Corse yg aku dpt tuh rasenyer requirement dia lgi tinggi dari course Journalism nih) bile aku nak tuka course, kate2 Ketua Program aku...."awak buatlah surat, saya takkan sign utk surat sokongan......wether you like it or not, you have to go for it...."
Aku renung balik Falsafah Pendidikan Kementerian
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".
Tercapaikah falsafah pendidikan negara kita untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh?
Mampukah sistem pendidikan kita memperkembangkan lagi potensi individu tersebut jika sistem pendidikan kita sendiri gagal mengenal pasti potensi dan bakat individu itu? Jika anak2 kita atau kita sendiri lagi masih tidak mendapat tempat di dalam kursus yang kita minati di universiti ?
Adakah potensi kita cukup di kenal pasti?
I should say, that I'm so damn regret with what I've done in my life. Mungkin anda tgk saya nampak gembira kan?Tak, sebenarnya, saya tidak gumbira pon, Saya hanya cuba membuatkan diri saya gumbira yang teramat sgt dgn apa yang saya ada skrg. But, deep inside...my heart is crying every nite. <------ Zool, Kenapa awak tiba2 nak emo nih?
Saya melihat diri saya hari ini. Saya sedih sbnrnya, kerana satu pon tidak tersenarai dalam cita2 saya yg dulu. Saya cuba untuk melupakan semua cita-cita saya skrg. (kalo nak lupekan wat per ko tulis ngok?)betul jugak kan? Saya dah tua dah (<---sedar pon). Saya benar benar patut memikirkan kehidupan masa depan saya. Pembetulan...untuk kehidupan saya skrg.
Anda tahu apa yang sedang anda nanti kan Zool..
*Zool, sebenarnya anda lebih mengenali diri anda. Tak payahla menanti jer. Work it out!!! Ape pon kita pada hari ini. Kita patut bersyukur, kerana ada lagi insan lain yang serba kekurangan.
Yang Pasti, ramai rakan2 yang mesti tidak boleh melupakan seorang Guru Cina Perempuan yang bernama Puan Yeo Koi Eng terutamanya untuk rakan2 seperjuangan dari jurusan Pengurusan. Mungkin ramai yang masih lagi phobia (patut ke aku cakap phobia?) ----;hehhe.....terpulang kat korang, tapi aku cukup phobia (aku sorang jer ke?)....should be,de whole of our clasmet cukup phobia ngan name Pn Yeo Koi Eng, seorang Cikgu Cina yang garang gile time tuh. Aku cukup tak suke dgn beliau sehinggalah aku mendapat result SPM yang sungguh mengejutkan aku dan beliau (actualy, aku dah konfiden dah mase menjawab tuh...hikhikhik). Sebagai tanda protes aku, aku telah berjaya ponteng kelas untuk pertama kalinya mase aku Form 4 mase subjek beliau......(aku xgi mane2 pon, aku lepak2 kat tandas and tawaf satu sekolah jer)-------->nak balik hostel,grill tangga kunci weh......
Hahahaha....kire aritu aku selamat la...mane leh tahan, kalo hari2 korang gi kelas kena marah jer, korang jer yang kena point buat kat depan papan hitam tuh. Menyirap tak? dah la aku xpaham dia ajar ape (aku xberminat pon sebenarnya dgn subjek akaun nih)----------->kenapa aku amik kalo aku xminat????aku ade reason aku yang tersendiri...Menjadi rutin biasa untuk student2 malas seperti aku, home work mmg tak buat. Pagi esok, awal2 lagi dah pegi sekolah, pinjam membe punyer nak copy (bukan aku sorang jer yer yang melakukan perkara yang sungguh terkeji ini..ramai lagi..kahkahakh....)----------->sebenarnya aku nak buat weyh, tapi aku xpaham + aku xminat plak..Mase Form 4, mangsa keadaan adalah arwah Nur Hain(korang ingat dia lagi x?) yang kerap menjadi mangsa aku untuk mencopy cat hasil kerja rumah beliau. Kire die mmg Heroin la time tuh, selalu menyelamatkan aku.
Opss...aku terlupe plak nak cerita apakah akibat aku membuat pontengan dari kelas beliau. Akibat pontengan dari kelas beliau, keesokannya, aku telah di jemput oleh akak senior dari Kelas 5 Pengurusan 2 yang comel lagi kiut bertandang ke kelas beliau atas arahan Pn Yeo....sebab ape aku ingat akak yg kiut nih???sebab dia kiut la...ahahah...kalo korang perasan die selalu kua kat Chenel Awani....Umairah Uyop -----t;dulu dia suke kt aku, tapi aku tolak dgn alasan, sorry i tak layan gurls yg lagi tua dari i.....tapi, xpela....mungkin xde jodoh kot aku ngan dia (xdela aku gurau jerk..wakaka)....Dengan muke tak bersalahnya, aku menjejakkan kaki ke kelas senior tersebut...dup dap...dup dap...mmg debor giler weyh..mane tak nyer.....Pn YEO nak jumpe aku....
Kenapa semalam ponteng kelas i?
You ar..very elastic....mane ade student berani ponteng kelas I...Mau chalengge sama I ke?
aku senyap jerk......xmenjawb lgsung..aku pn dah tak ingat dah ape skrip lps tuh...yang pasti, saham aku trus menjunam jatuh ke bwh lps insiden di panggil Pn Yeo ini....ramai akak2 senior senyum2 kambing kat aku....sebagai denda aku memontengkan diri dari kelas beliau....aku kena denda tulis;
SAYA TIDAK AKAN PONTENG KELAS LAGI.
SAYA TIDAK AKAN PONTENG KELAS LAGI.
SAYA TIDAK AKAN PONTENG KELAS LAGI.
SAYA TIDAK AKAN PONTENG KELAS LAGI. sebanyak seribu kali.....yer seribu kali......
Dalam hati aku memang menyumpah2 giler time tuh. Yang menaikkan rase kemurkaan aku lagi, dia suruh aku anta denda tu besok. Lagi menambahkan kenyumpahan aku kan...(Sila lah rase kenyumpahan jugak kalo anda berada dalam keadaan diri saya pada mase itu)
Seriuosly, aku pernah pikir nak tolak dia biar dia jatuh mase die sepak aku kat depan kelas----->bengang giler jer rase bile kena sepak mcm tuh...padahal takdela rase sakit sgt pon...tapi hati sakit taw....tapi membe aku yg kena wat kat depan papan hitam same ngan aku tuh dah mula menitiskan air mata...hikhikhik...name beliau terpaksa di censored kan, cukuplah mengenali name beliau sekadar Mr X sahaja.....aku menangis jugak??? mane ade...aku kan tabah dan kuat...x nangis pon....
aku pendekkan cite sikit...kenapa aku mengatakan beliau begitu ikhlas mendidik aku....
Korang bayangkan, bagaimana beliau berjaya mendidik+mengajar seorang pelajar yang very elastic seperti aku (mengikut kata beliau la)....yang tak pernah dapat B, apetah lagi A kan...markah pun cukup2 makan jerk mase test...banyak aku Fail...sebab tu lah aku de most wanted!!!!! Beliau mendidik dan mengajar aku dalam mase satu minggu ape yang beliau perlu ajar untuk tempoh dua tahun...dua tahun....satu minggu tu, bukan 7 hari tau...5 hari jer....bukan lima hari sangat la....20 minit satu hari....20 minit X 5 hari= satu jam 40 minit...beliau berjaya menjadikan aku dapat A1 untuk subjek tersebut.....hebat giler beliau...
itu tak cukup menunjukkan kehebatan beliau kan???
ade yang lagi hebat.....20 minit yang dia ajar aku tuh, bukan waktu kelas tau....waktu rehat....die mintak aku spend 20 minit jer ngan dia satu hari, sebagai upah aku belajar dgn dia kat Bilik Guru tuh, di bagi aku ECLAIRS (erti cinta lahir apabila insan rase syg..kat skolah dulu suke kan menterjemahkan maksud2 coklat nih) 5 bijik tiap2 kali aku jumpe dia....Aku x pernah jumpe Cikgu laen yang sggup sacfrifice smpi mcm tuh skali untuk aku. mase rehat beliau tak berbayar tau untuk ajar aku.....korang ingat Kementerian Pendidikan ade bagi dia elaun untuk beli ECLAIRS tu untuk aku??? takder weh...dia beli ECLAIRS tuh pakai duit dia....Seorang Guru, sanggup berkorban sampai macam tuh sekali untuk ajar seorang anak murid yang degil serta tidak suke akan beliau, yang bukan seagama dgn beliau dan bkn satu bangsa dgn beliau.......
Beliau seorang Guru yang mendidik seorang anak murid dgn ikhlas....tanpa memandang apa bangsa dan agama murid beliau...tidak memandang kedegilan dan kebodohan anak murid beliau untuk menyebabkan beliau mengabaikan tggungjawab beliau sebagai guru....
Aku cukup bangga sebenarnya dgn result aku, un expected...untuk aku dan beliau sendiri...sehingga beliau sendiri tak percaya...sebab result aku lagi better berbanding dgn orang yg slalu skor A....ngehehe (masyaAllah..riaknyer aku kan?)....
Pn Yeo: Your last push is very Good!!!!
aku patut ckp ngan dia, it is not my last push....but that was your last push....neway, aku dah mintak maaf ngan die before exam....kata2 beliau sebelum exam walaopon pendek jerk..." I wish u luck and hope you will do your best " tapi cukup menyentuh jauh terperusuk kedalam hati seorang insan seperti aku bila di ucapkan secara personal dan lahir pula dari mulut seorang guru yang aku anggap mengabaikan seorang murid degil spt aku....
Aku pendekkan lagi cite aku....sedar tak sedar, sudah hampir 8 tahun aku meninggalkan TI....ape khabarnya Puan Yeo???? Teringin sekali menjenguk beliau....ape2 pon....name Puan Yeo Koi Eng, akan tersemat di hati ku sampai hujung nyawa aku sebagai seorang Cikgu yang terbaik dalam hidup aku....aku xmalu nak mengaku, yang aku menangis mase aku tgk result aku untuk subjek tuh mase SPM...bkn kerana aku rase aku cukup berjaya..tapi, aku menangis kerana terkenangkan keikhlasan PN YEO KOI ENG.....Okey...TAMAT!
Tribute untuk Ibu Tersayang, Wan Rahimah Binti Wan Yussuf . Alhamdulillah....Ibu ku masih lagi sihat hingga sekarang! Anakmu ini selalu mendoakan kesihatan kamu. Percayalah, aku mengingati dan membayangkan kamu dalam setiap nafas ku walaupun tidak pernah terzahir dgn kata2 yang anakmu ini amat menyayangi mu.
Sebenarnya, cerpen ini telah lama di tulis. Banyak karya2 aku telah musnah coz hardisk aku rosak. Dan ini antaranyer yang terselamat, coz aku tulis cerpen nih kat atas kertas.
1
Dingin angin malam, menerjah masuk melalui tingkap-tingkap kaca yang ternganga luas. Aku gagahkan jua kaki yang amat berat untuk melangkah dalam kelesuan, menuju ke tepi sudut tingkap. Dingin angin malam yang bertiup manja, menerbangkan langsir-langsir hijau lalu menampar lembut pipiku seraya aku menyentuh birai tingkap. Sudah menjadi resmi alam, siang yang berlabuh, digantikan dengan tirai malam yang menggelapkan langit luas yang indah. Aku donggakkan kepala yang penuh dengan kekusutan memandang jutaan bintang yang berkedipan di muka langit. Betapa indahnya ciptaan Allah Yang Maha Agung, simbahan cahaya bulan purnama yang menerangi langit dalam suram, menyerikan lagi keindahan malam. Dingin angin malam, masih lagi bertiup seirama dengan kesunyian malam yang sepi sesepinya. Sesekali, bunyi motosikal yang lalu lalang, memecahkan kesepian malam.
Aku menarik selimut biru yang utuh tersimpang di bahu, menyelimuti sebahagian tubuh kering yang dicucuk tajam denagn penuh bisa olehh dingin angin malam. Kesejukkannya, amat terasa bisa mencucuk tulang sum-sumku. Siang yang telah berlabuh, menitipkan tirai-tirai kenangan indah yang berlalu, kenangan indah yang mungkin tidak dapat aku ulangi kembali sepanjang perjalanan hidup ini. Lagu inggeris yang bertajuk “If I Laugh” dendangan Cat Steven, berlagu merdu dari corong radio Pensonic kepunyaan teman sebilikku, Halim. Jam Quartz yang tergantung segak di dinding bercat hijau lembut, menunjukkan tepat pukul tiga pagi. Amat sukar untuk aku menutupkan pintu-pintu mata yang masih liar berkedip-kedip mengamati keindahan jutaaan bintang yang bergemelapan di langit hitam. Sesekali kertas-kertas nota “Liability” yang di beri Mr Tan Liam Seng pagi tadi, berselerakan di atas lantai, terjun dari meja yang terletak di tepi sudut tingkap dek tiupan angin malam. Peristiwa semalam, menggamit semula dalam jiwa yang resah. Titis jernih dari kelopak mata yang lesu, menuruni laju lurah pipi.
“Fazriq, Ibu disahkan menghidap barah otak pada tahap kritikal”. Kata-kata abah masih lagi terngiang-ngiang di gegendang telinga. Terasa gugur jantung ini apabila mendengar penjelasan Abah di Hospital semalam. Aku tak menyangka, sakit kepala yang ibu alami selama ini adalah petanda-petanda penyakit yang maha bahaya ini. Sebelum ini, aku hanya melihat di kaca televisyen sahaja penderitaan penghidapnya. Tetapi, kini ibu yang aku amat sayangi akan menganggung penderitaan itu. Menurut kata Abah, ketumbuhan yang terletak pada bahagian kanan otak ibu semakin membesar, sehingga menyekat arteri yang menyalurkan darah pada otak. Itulah yang menyebabkan Ibu pengsan di tikar sembahyang pagi semalam. Mujurlah, abah memang bercuti pada hari itu. Kalau tidak, aku tidak dapat membayangkan apa yang telah terjadi pada ibu hari itu.
Dunia terasa gelap. Tidak dapat membayangkan kehidupan ini tanpa ibu. Ibu adalah segala-galanya bagi aku. Biarkanlah aku yang menangung derita itu ibu, biarkanlah aku ibu. Aku tidak sanggup melihat ibu menderita, dan aku juga tidak sanggup melihat ibu yang aku sayangi akan pergi meninggalkan aku.
Aku masih belum puas bermanja dengan ibu, dan kini ibu bakal meninggalkan aku buat selama-lamanya. Namun, aku redha dan akur akan kehendak takdir Ilahi. Daripada Dia Ibu datang, kepadaNya jua Ibu akan kembali. Ibu milikNya, dan aku jua milikNya, dan Dia punyai hak yang mutlak untuk mengambil Ibu kembali bila-bila masa yang di kehendakiNya. Semuanya jelas termaktub dalam kitab suci Al-Quran Nur Qarim. Kini segala-galanya terserah pada qada’ dan qadar Allah s.w.t. Aku hanya mampu memanjatkan doa pada Allah, memohon supaya di ampunkan dosa-dosa ibu dan di panjangkan umurnya. Barah yang ibu alami sudah berada pada tahap terminal, sudah amat terlewat untuk ibu menjalani pembedahan.
Aku melayangkan fikiranku ke langit nan tinggi. Segalanya berputar ligat dalam penghayatan malam. Harapan ibu untuk melihat aku menggendong pulang segulung ijazah. Mungkin tidak sempat aku tunaikan, kian musnah, lemas dalam tangisan malam yg sepi. Wajah yg ibu yang penuh dgn harapan, silih berganti menjelma dalam bayangan tangisan.
Azan subuh yang berkumandang dari Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, mengejutkan aku dari lamunan yg panjang. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan aku, sedar tak sedar sudah dua jam setengah aku termenung di birai tingkap. Menara masjid yang di hiasi neon indah berkedipan, dapat aku lihat dengan jelas dari tingkap bilik walaupun jaraknya beberapa kilometer dari Kolej Jati tempat aku tumpang berteduh semester ini. Di puncaknya, terpatri lambang bulan dan bintang yang menjadi lambang rasmi kesucian agama islam. Segera aku langkahkan kaki mencapai tuala putih yang tergantung di birai katil menuju ke bilik air.
Aku hamparkan sejadah cenderamata dari ibu yang di belinya sewaktu menunaikan umrah tahun yang lalu. Masih terngiang-ngiang lagi kata ibu “Fazriq, jangan lupa bawa sejadah ni. Solat itu tiang agama, sesibuk mana pun kita, jgn tinggalkan solat. Kerana solat itulah yang membentuk peribadi kita. Ibu nak, anak-anak ibu jadi anak yang soleh. Kerana itulah bekalan ibu di alam barzakh nanti”. Dengan rasa penuh keinsafan aku sujud memperhambakan diri pada Allah.
“Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa ku, dosa-dosa kedua ibu bapa ku, Kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihi ku sewaktu kecil. Ya Allah, andainya sudah tiba masanya untuk Engkau menjemput kembali ibu, berikanlah aku sedikit ruang waktu untuk bersama ibu Ya Allah. Engkau ringankan lah penderitaan ibu, Sembuhkanlah Ibu Ya Allah, kerana aku amat menyayangi ibu Ya Allah. Ya Allah, berikanlah ibu kekuatan untuk melawan penyakitnya, Engkau Tabahkan lah hati ibu Ya Allah. Engkau tabahkanlah hati Abah, engkau tabahkan lah hati aku untuk menharungi UjianMu ini Ya Allah.”
Entah kenapa, hati ini benar-benar tertarik untuk merenung di birai tingkap. Tirai malam yang telah di labuhkan, di lembarkan semula dengan kehadiran siang yang bakal di tempuhi dengan pelbagai dugaan. Mentari yang menyembunyikan diri semalaman, menyusul kembali dari arah timur, menghamparkan cahaya suci menerangi bumi yang mendambarkan kasihnya. Daun-daun pokok akasia yang terpacak mengelilingi Kolej Jati, tampak hijau kesegaran di basahi embun pagi. Terasa nyaman nya udara pagi ini. Selalunya, pagi-pagi minggu begini aku dan Halim akan berjoging mengelilingi Tasik Shah Alam. Tetapi, Halim telah berangkat Bukit Fraser dua hari yang lepas. Mengikuti kursus kepimpinan yang di anjurkan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP). Aku cukup bangga mempunyai teman sebilik yang aktif dan bijak seperti Halim. Kadang-kadang, timbul juga rasa iri hati dengan kejayaan dan bakat kepimpinannya menerajui MPP. Tapi, dia memang berbakat dan berhak menjawat jawatan Yang Dipertua MPP.
2
Hari ini, sudah masuk hari yang ketiga ibu tidak sedarkan diri di unit kawalan rapi. Sayu hati melihat ibu yang dipenuhi tiub dan wayar-wayar. Abah masih setia menemani Ibu, membuktikan keutuhan cinta dan kasih sayangnya pada Ibu. Jelas nampak kelesuan dan keletihan terpancar pada wajah Abah, sudah beberapa kali Abang nasihatkan supaya Abah pulang berehat di rumah, dan kami adik beradik boleh bergilir-gilir menemani ibu. Tetapi,Abah tetap berdegil. Ikutkan rasa hati, mahu sahaja aku bersama Abah menemani Ibu, peraturan Unit Rawatan Rapi yang hanya menghadkan seorang penjaga sahaja untuk satu pesakit, membataskan segalanya. Aku bangga mempunyai seorang bapa seperti Abah, aku juga turut berbangga buat ibu mempunyai seorang suami yang setia menemaninya.
Menurut Abah, hari ini Ibu telah menunjukkan tindak balas. Jari-jemarinya bergerak-gerak bila Abah bercakap dengan nya. Aku genggam erat tangan Ibu yang pernah memandikan aku, memimpin aku bertatih, menyuapkan makan minum aku, mendodoikan aku dan tangan yang telah membesarkan aku. Aku kucup tangan yang tidak pernah menyakiti aku. Ibu, bangunlah ibu, aku rindukan belaian tangan mu. Loceng telah berbunyi, menunjukkan waktu melawat sudah tamat. Aku harus meninggalkan ibu. Aku peluk Abah erat-erat, aku kucup pipi ibu yang masih kaku. Berat rasanya kaki ini melangkah meninggalkan ibu.
Kepulangan aku ke kolej malam itu, di sambut ceria oleh Halim yang baru sahaja pulang dari Bukit Fraser.
” Baru balik Faz ? Kau dari mana?”
” Erm, dari Plaza Alam Sentral, tadi pergi survey laptop.”
” So, macam mane ? Dah dapat laptop yang ok ? “
Aku hanya membisu. Tidak menjawab pertanyaan Halim. Seperti biasa, sekembalinya Halim dari mana-mana tempat rombongan atau kursus. Dia tidak akan henti-henti menceritakan keindahan tempat tersebut sambil menunjukkan beberapa keping gambar yang sempat di rakamnya.
” Ko serius ko ok Faz ? Aku nampak ko macam ada problem jer ? Macam laki mati bini, macam ayam berak kapur pun ada. “
” Tak ada apa-apalah Halim. Aku penat jer ” Sengaja aku sembunyikan dari Halim pekara yang sebenarnya.
Halim mencelah, mungkin menyedari perubahan mood aku pada malam itu. Aku di kenali sebagai seorang yang happy go-lucky , humor, suka ketawa dan membuat orang lain ceria dengan lawak-lawak bodoh aku. Tetapi, aku akan menjadi seorang yang amat matang bila bersama seseorang yang aku cintai. Kematangan itulah yang menjadi punca perpisahan aku dengan Maya, seorang gadis manis yang pernah menyinggah di hati. Jauh di lubuk hati aku menginginkan perpisahan itu. Tetapi, untuk kebaikan aku dan Maya, aku rela lepaskan Maya. Sejak dari itu jugalah, pintu hati ini telah tertutup untuk mencintai seorang wanita melainkan ibu. Mengikut cerita beberapa kawan rapat Maya, Maya telah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka pilihan hatinya. Mungkin juga kerana sikap keras kepala dan keegoan aku yang telah memutuskan perhubungan itu. Namun, hati aku ini masih lagi punyai ruang untuk Maya, andainya dia mahu kembali pada aku.
” Woi, mengelamun jer kau nih, jiwang karat betul. Dah pukul 1.00 pagi dah, pegi tidur la. Esok nak pegi kelas lagi ”
” Sibuk, kacau line jer kau nih. Orang nak jiwang sikit pun tak boleh “
3
Ibu seorang wanita yang sungguh tabah. Hanya sekali sahaja aku pernah melihat ibu mengalirkan air mata, iaitu sewaktu Arwah Nenek (ibu kpd ibuku) meninggal dunia 10 tahun lepas. Aku tahu, ibu cukup sedih pada waktu itu kerana telah kehilangan seorang wanita yang telah banyak mencurahkan kasih sayang pada beliau. Aku juga turut mengalirkan airmata, walaupon aku masih lagi kecil pada waktu itu, aku dapat merasakan kehilangan seperti mana yang Ibu rasakan. Mungkin kerana Ibu anak bongsu, dan banyak mendapatkan curahan kasih sayang dari arwah Nenek. Hanya Arwah Nenek sahaja lah yang Ibu ada. Menurut Ibu, bapa Ibu telah meninggal dunia sewaktu Ibu masih kecil lagi. Mungkin kerana itulah pemergian arwah Nenek cukup meninggalkan kesan pada Ibu. Neneklah bapa, Nenek jualah ibu pada Ibu. Sungguh tabah arwah Nenek membesarkan Ibu tanpa suami di sisi. Ibu juga tabah mengharungi usia kanak kanak tanpa kehadiran seorang bapa yang di gelarkan Ayah.
Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi, sudah sampainya masa untuk aku melawat ibu. Inilah rutin ku setiap hari sejak ibu di masukkan ke wad dua minggu lalu. Wajah Ibu semakin cengkung. Tidak banyak kata kata yang keluar dari mulut sejak Ibu mula sedarkan diri dua hari yang lalu. Sesungguhnya, aku amat merindui leteran dari Ibu, leteran dari ibu mengingatkan aku yang selalu menangguhkan waktu solat. Leteran dari Ibu yang selalu mengingatkan aku untuk mengulangkaji pelajaran. Dan, yang paling aku rindukan sebenarnya adalah melihat Ibu seperti dahulu. Ya, seperti waktu waktu dahulu. Sewaktu aku masih kecil, sewaktu aku di bangku sekolah rendah, sewaktu ibu menyikat rambutku setiap pagi, sewaktu aku tidur di atas peha Ibu ketika menonton Televisyen dan Ibu mendukung ku ke kamar tidur. Sungguh aku merindui saat saat bersama Ibu waktu itu.
Aku genggam erat tangan ibu sambil mengusap lembut dahi ibu. Seperti Ibu mengusap dahiku sewaktu aku demam tidak lama dahulu. Tapi, aku tidak setabah Ibu. Air mata yang aku tahan selama ini akhirnya terlerai jatuh juga di depan Ibu. Ibu masih gagah, mampu lagi mengusap air mata ku pada ketika ini sambil tersenyum. Aku tahu, Ibu cuba menyembunyikan peritnya penderitaan yang ditanggungnya sekarang.
"Kenapa anak Ibu menangis? Kan Ibu ada di sini sayang."
Aku hanya membisu, tidak gagah seperti ibu untuk menuturkan kata kata pada waktu dan saat ini. Aku kucup tangan ibu.
" Anak Ibu kan gagah, lelaki yang gagah tak boleh menangis sayang "
Aku tinggalkan Ibu kerana terpaksa memberi giliran untuk adik beradik ku yang lain melawat Ibu.