Monday, 22 March 2010

Kisah Seorang yang Guru Ikhlas Di Mataku - Puan Yeo Koi Eng

Yang Pasti, ramai rakan2 yang mesti tidak boleh melupakan seorang Guru Cina Perempuan yang bernama Puan Yeo Koi Eng terutamanya untuk rakan2 seperjuangan dari jurusan Pengurusan. Mungkin ramai yang masih lagi phobia (patut ke aku cakap phobia?) ----;hehhe.....terpulang kat korang, tapi aku cukup phobia (aku sorang jer ke?)....should be,de whole of our clasmet cukup phobia ngan name Pn Yeo Koi Eng, seorang Cikgu Cina yang garang gile time tuh. Aku cukup tak suke dgn beliau sehinggalah aku mendapat result SPM yang sungguh mengejutkan aku dan beliau (actualy, aku dah konfiden dah mase menjawab tuh...hikhikhik). Sebagai tanda protes aku, aku telah berjaya ponteng kelas untuk pertama kalinya mase aku Form 4 mase subjek beliau......(aku xgi mane2 pon, aku lepak2 kat tandas and tawaf satu sekolah jer)-------->nak balik hostel,grill tangga kunci weh......

Hahahaha....kire aritu aku selamat la...mane leh tahan, kalo hari2 korang gi kelas kena marah jer, korang jer yang kena point buat kat depan papan hitam tuh. Menyirap tak? dah la aku xpaham dia ajar ape (aku xberminat pon sebenarnya dgn subjek akaun nih)----------->kenapa aku amik kalo aku xminat????aku ade reason aku yang tersendiri...Menjadi rutin biasa untuk student2 malas seperti aku, home work mmg tak buat. Pagi esok, awal2 lagi dah pegi sekolah, pinjam membe punyer nak copy (bukan aku sorang jer yer yang melakukan perkara yang sungguh terkeji ini..ramai lagi..kahkahakh....)----------->sebenarnya aku nak buat weyh, tapi aku xpaham + aku xminat plak..Mase Form 4, mangsa keadaan adalah arwah Nur Hain(korang ingat dia lagi x?) yang kerap menjadi mangsa aku untuk mencopy cat hasil kerja rumah beliau. Kire die mmg Heroin la time tuh, selalu menyelamatkan aku.

Opss...aku terlupe plak nak cerita apakah akibat aku membuat pontengan dari kelas beliau. Akibat pontengan dari kelas beliau, keesokannya, aku telah di jemput oleh akak senior dari Kelas 5 Pengurusan 2 yang comel lagi kiut bertandang ke kelas beliau atas arahan Pn Yeo....sebab ape aku ingat akak yg kiut nih???sebab dia kiut la...ahahah...kalo korang perasan die selalu kua kat Chenel Awani....Umairah Uyop -----t;dulu dia suke kt aku, tapi aku tolak dgn alasan, sorry i tak layan gurls yg lagi tua dari i.....tapi, xpela....mungkin xde jodoh kot aku ngan dia (xdela aku gurau jerk..wakaka)....Dengan muke tak bersalahnya, aku menjejakkan kaki ke kelas senior tersebut...dup dap...dup dap...mmg debor giler weyh..mane tak nyer.....Pn YEO nak jumpe aku....

Kenapa semalam ponteng kelas i?
You ar..very elastic....mane ade student berani ponteng kelas I...Mau chalengge sama I ke?

aku senyap jerk......xmenjawb lgsung..aku pn dah tak ingat dah ape skrip lps tuh...yang pasti, saham aku trus menjunam jatuh ke bwh lps insiden di panggil Pn Yeo ini....ramai akak2 senior senyum2 kambing kat aku....sebagai denda aku memontengkan diri dari kelas beliau....aku kena denda tulis;

SAYA TIDAK AKAN PONTENG KELAS LAGI.
SAYA TIDAK AKAN PONTENG KELAS LAGI.
SAYA TIDAK AKAN PONTENG KELAS LAGI.
SAYA TIDAK AKAN PONTENG KELAS LAGI. sebanyak seribu kali.....yer seribu kali......

Dalam hati aku memang menyumpah2 giler time tuh. Yang menaikkan rase kemurkaan aku lagi, dia suruh aku anta denda tu besok. Lagi menambahkan kenyumpahan aku kan...(Sila lah rase kenyumpahan jugak kalo anda berada dalam keadaan diri saya pada mase itu)

Seriuosly, aku pernah pikir nak tolak dia biar dia jatuh mase die sepak aku kat depan kelas----->bengang giler jer rase bile kena sepak mcm tuh...padahal takdela rase sakit sgt pon...tapi hati sakit taw....tapi membe aku yg kena wat kat depan papan hitam same ngan aku tuh dah mula menitiskan air mata...hikhikhik...name beliau terpaksa di censored kan, cukuplah mengenali name beliau sekadar Mr X sahaja.....aku menangis jugak??? mane ade...aku kan tabah dan kuat...x nangis pon....

aku pendekkan cite sikit...kenapa aku mengatakan beliau begitu ikhlas mendidik aku....

Korang bayangkan, bagaimana beliau berjaya mendidik+mengajar seorang pelajar yang very elastic seperti aku (mengikut kata beliau la)....yang tak pernah dapat B, apetah lagi A kan...markah pun cukup2 makan jerk mase test...banyak aku Fail...sebab tu lah aku de most wanted!!!!! Beliau mendidik dan mengajar aku dalam mase satu minggu ape yang beliau perlu ajar untuk tempoh dua tahun...dua tahun....satu minggu tu, bukan 7 hari tau...5 hari jer....bukan lima hari sangat la....20 minit satu hari....20 minit X 5 hari= satu jam 40 minit...beliau berjaya menjadikan aku dapat A1 untuk subjek tersebut.....hebat giler beliau...

itu tak cukup menunjukkan kehebatan beliau kan???

ade yang lagi hebat.....20 minit yang dia ajar aku tuh, bukan waktu kelas tau....waktu rehat....die mintak aku spend 20 minit jer ngan dia satu hari, sebagai upah aku belajar dgn dia kat Bilik Guru tuh, di bagi aku ECLAIRS (erti cinta lahir apabila insan rase syg..kat skolah dulu suke kan menterjemahkan maksud2 coklat nih) 5 bijik tiap2 kali aku jumpe dia....Aku x pernah jumpe Cikgu laen yang sggup sacfrifice smpi mcm tuh skali untuk aku. mase rehat beliau tak berbayar tau untuk ajar aku.....korang ingat Kementerian Pendidikan ade bagi dia elaun untuk beli ECLAIRS tu untuk aku??? takder weh...dia beli ECLAIRS tuh pakai duit dia....Seorang Guru, sanggup berkorban sampai macam tuh sekali untuk ajar seorang anak murid yang degil serta tidak suke akan beliau, yang bukan seagama dgn beliau dan bkn satu bangsa dgn beliau.......

Beliau seorang Guru yang mendidik seorang anak murid dgn ikhlas....tanpa memandang apa bangsa dan agama murid beliau...tidak memandang kedegilan dan kebodohan anak murid beliau untuk menyebabkan beliau mengabaikan tggungjawab beliau sebagai guru....

Aku cukup bangga sebenarnya dgn result aku, un expected...untuk aku dan beliau sendiri...sehingga beliau sendiri tak percaya...sebab result aku lagi better berbanding dgn orang yg slalu skor A....ngehehe (masyaAllah..riaknyer aku kan?)....

Pn Yeo: Your last push is very Good!!!!

aku patut ckp ngan dia, it is not my last push....but that was your last push....neway, aku dah mintak maaf ngan die before exam....kata2 beliau sebelum exam walaopon pendek jerk..." I wish u luck and hope you will do your best " tapi cukup menyentuh jauh terperusuk kedalam hati seorang insan seperti aku bila di ucapkan secara personal dan lahir pula dari mulut seorang guru yang aku anggap mengabaikan seorang murid degil spt aku....

Aku pendekkan lagi cite aku....sedar tak sedar, sudah hampir 8 tahun aku meninggalkan TI....ape khabarnya Puan Yeo???? Teringin sekali menjenguk beliau....ape2 pon....name Puan Yeo Koi Eng, akan tersemat di hati ku sampai hujung nyawa aku sebagai seorang Cikgu yang terbaik dalam hidup aku....aku xmalu nak mengaku, yang aku menangis mase aku tgk result aku untuk subjek tuh mase SPM...bkn kerana aku rase aku cukup berjaya..tapi, aku menangis kerana terkenangkan keikhlasan PN YEO KOI ENG.....Okey...TAMAT!

Saturday, 20 March 2010

Kisah Ibu


Tribute untuk Ibu Tersayang, Wan Rahimah Binti Wan Yussuf . Alhamdulillah....Ibu ku masih lagi sihat hingga sekarang! Anakmu ini selalu mendoakan kesihatan kamu. Percayalah, aku mengingati dan membayangkan kamu dalam setiap nafas ku walaupun tidak pernah terzahir dgn kata2 yang anakmu ini amat menyayangi mu.
Sebenarnya, cerpen ini telah lama di tulis. Banyak karya2 aku telah musnah coz hardisk aku rosak. Dan ini antaranyer yang terselamat, coz aku tulis cerpen nih kat atas kertas.
 


1

Dingin angin malam, menerjah masuk melalui tingkap-tingkap kaca yang ternganga luas. Aku gagahkan jua kaki yang amat berat untuk melangkah dalam kelesuan, menuju ke tepi sudut tingkap. Dingin angin malam yang bertiup manja, menerbangkan langsir-langsir hijau lalu menampar lembut pipiku seraya aku menyentuh birai tingkap. Sudah menjadi resmi alam, siang yang berlabuh, digantikan dengan tirai malam yang menggelapkan langit luas yang indah. Aku donggakkan kepala yang penuh dengan kekusutan memandang jutaan bintang yang berkedipan di muka langit. Betapa indahnya ciptaan Allah Yang Maha Agung, simbahan cahaya bulan purnama yang menerangi langit dalam suram, menyerikan lagi keindahan malam. Dingin angin malam, masih lagi bertiup seirama dengan kesunyian malam yang sepi sesepinya. Sesekali, bunyi motosikal yang lalu lalang, memecahkan kesepian malam.

Aku menarik selimut biru yang utuh tersimpang di bahu, menyelimuti sebahagian tubuh kering yang dicucuk tajam denagn penuh bisa olehh dingin angin malam. Kesejukkannya, amat terasa bisa mencucuk tulang sum-sumku. Siang yang telah berlabuh, menitipkan tirai-tirai kenangan indah yang berlalu, kenangan indah yang mungkin tidak dapat aku ulangi kembali sepanjang perjalanan hidup ini. Lagu inggeris yang bertajuk “If I Laugh” dendangan Cat Steven, berlagu merdu dari corong radio Pensonic kepunyaan teman sebilikku, Halim. Jam Quartz yang tergantung segak di dinding bercat hijau lembut, menunjukkan tepat pukul tiga pagi. Amat sukar untuk aku menutupkan pintu-pintu mata yang masih liar berkedip-kedip mengamati keindahan jutaaan bintang yang bergemelapan di langit hitam. Sesekali kertas-kertas nota “Liability” yang di beri Mr Tan Liam Seng pagi tadi, berselerakan di atas lantai, terjun dari meja yang terletak di tepi sudut tingkap dek tiupan angin malam. Peristiwa semalam, menggamit semula dalam jiwa yang resah. Titis jernih dari kelopak mata yang lesu, menuruni laju lurah pipi.

“Fazriq, Ibu disahkan menghidap barah otak pada tahap kritikal”. Kata-kata abah masih  lagi terngiang-ngiang di gegendang telinga. Terasa gugur jantung ini apabila mendengar penjelasan Abah di Hospital semalam.  Aku tak menyangka, sakit kepala yang ibu alami selama ini adalah petanda-petanda penyakit yang maha bahaya ini. Sebelum ini, aku hanya melihat di kaca televisyen sahaja penderitaan penghidapnya. Tetapi, kini ibu yang aku amat sayangi akan menganggung penderitaan itu. Menurut kata Abah, ketumbuhan yang terletak pada bahagian kanan otak ibu semakin membesar, sehingga menyekat arteri yang menyalurkan darah pada otak. Itulah yang menyebabkan Ibu pengsan di tikar sembahyang pagi semalam. Mujurlah, abah memang bercuti pada hari itu. Kalau tidak, aku tidak dapat membayangkan apa yang telah terjadi pada ibu hari itu.

Dunia terasa gelap. Tidak dapat membayangkan kehidupan ini tanpa ibu. Ibu adalah segala-galanya bagi aku.  Biarkanlah aku yang menangung derita itu ibu, biarkanlah aku ibu. Aku tidak sanggup melihat ibu menderita, dan aku juga tidak sanggup melihat ibu yang aku sayangi akan pergi meninggalkan aku.

Aku masih belum puas bermanja dengan ibu, dan kini ibu bakal meninggalkan aku buat selama-lamanya. Namun, aku redha dan akur akan kehendak takdir Ilahi. Daripada Dia Ibu datang, kepadaNya jua Ibu akan kembali. Ibu milikNya, dan aku jua milikNya, dan Dia punyai hak yang mutlak untuk mengambil Ibu kembali bila-bila masa yang di kehendakiNya. Semuanya jelas termaktub dalam kitab suci Al-Quran Nur Qarim.  Kini segala-galanya terserah pada qada’ dan qadar Allah s.w.t. Aku hanya mampu memanjatkan doa pada Allah, memohon supaya di ampunkan dosa-dosa ibu dan di panjangkan umurnya. Barah yang ibu alami sudah berada pada tahap terminal, sudah amat terlewat untuk ibu menjalani pembedahan.

Aku melayangkan fikiranku ke langit nan tinggi.  Segalanya berputar ligat dalam penghayatan malam. Harapan ibu untuk melihat aku menggendong pulang segulung ijazah. Mungkin tidak sempat aku tunaikan, kian musnah, lemas dalam tangisan malam yg sepi. Wajah yg ibu yang penuh dgn harapan, silih berganti menjelma dalam bayangan tangisan.

Azan subuh yang berkumandang dari Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, mengejutkan aku dari lamunan yg panjang. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan aku, sedar tak sedar sudah dua jam setengah aku termenung di birai tingkap. Menara masjid yang di hiasi neon indah berkedipan, dapat aku lihat dengan jelas dari tingkap bilik walaupun jaraknya beberapa kilometer dari Kolej Jati tempat aku tumpang berteduh semester ini. Di puncaknya, terpatri lambang bulan dan bintang yang menjadi lambang rasmi kesucian agama islam. Segera aku langkahkan kaki mencapai tuala putih yang tergantung di birai katil menuju ke bilik air.
Aku hamparkan sejadah cenderamata dari ibu yang di belinya sewaktu menunaikan umrah tahun yang lalu.  Masih terngiang-ngiang lagi kata ibu “Fazriq, jangan lupa bawa sejadah ni. Solat itu tiang agama, sesibuk mana pun kita, jgn tinggalkan solat. Kerana solat itulah yang membentuk peribadi kita. Ibu nak, anak-anak ibu jadi anak yang soleh. Kerana itulah bekalan ibu di alam barzakh nanti”.  Dengan rasa penuh keinsafan aku sujud memperhambakan diri pada Allah.

“Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa ku, dosa-dosa kedua ibu bapa ku, Kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihi ku sewaktu kecil. Ya Allah, andainya sudah tiba masanya untuk Engkau menjemput kembali ibu, berikanlah aku sedikit ruang waktu untuk bersama ibu Ya Allah. Engkau ringankan lah penderitaan ibu, Sembuhkanlah Ibu Ya Allah, kerana aku amat menyayangi ibu Ya Allah. Ya Allah, berikanlah ibu kekuatan untuk melawan penyakitnya, Engkau Tabahkan lah hati ibu Ya Allah. Engkau tabahkanlah hati Abah, engkau tabahkan lah hati aku untuk menharungi UjianMu ini Ya Allah.”

Entah kenapa, hati ini benar-benar tertarik untuk merenung di birai tingkap. Tirai malam yang telah di labuhkan, di lembarkan semula dengan kehadiran siang yang bakal di tempuhi dengan pelbagai dugaan. Mentari yang menyembunyikan diri semalaman, menyusul kembali dari arah timur, menghamparkan cahaya suci menerangi bumi yang mendambarkan kasihnya. Daun-daun pokok akasia yang terpacak mengelilingi Kolej Jati, tampak hijau kesegaran di basahi embun pagi. Terasa nyaman nya udara pagi ini. Selalunya, pagi-pagi minggu begini aku dan Halim akan berjoging mengelilingi Tasik Shah Alam. Tetapi, Halim telah berangkat Bukit Fraser dua hari yang lepas. Mengikuti kursus kepimpinan yang di anjurkan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP). Aku cukup bangga mempunyai teman sebilik yang aktif dan bijak seperti Halim. Kadang-kadang, timbul juga rasa iri hati dengan kejayaan dan bakat kepimpinannya menerajui MPP. Tapi, dia memang berbakat dan berhak menjawat jawatan Yang Dipertua MPP.




2
Hari ini, sudah masuk hari yang ketiga ibu tidak sedarkan diri di unit kawalan rapi. Sayu hati melihat ibu yang dipenuhi tiub dan wayar-wayar. Abah masih setia menemani Ibu, membuktikan keutuhan cinta dan kasih sayangnya pada Ibu. Jelas nampak kelesuan dan keletihan terpancar pada wajah  Abah, sudah beberapa kali Abang nasihatkan supaya Abah pulang berehat di rumah, dan kami adik beradik boleh bergilir-gilir menemani ibu. Tetapi,Abah tetap berdegil. Ikutkan rasa hati, mahu sahaja aku bersama Abah menemani Ibu,  peraturan Unit Rawatan Rapi yang hanya menghadkan seorang penjaga sahaja untuk satu pesakit, membataskan segalanya.  Aku bangga mempunyai seorang bapa seperti Abah, aku juga turut berbangga buat ibu mempunyai seorang suami yang setia menemaninya.

Menurut Abah, hari ini Ibu telah menunjukkan tindak balas. Jari-jemarinya bergerak-gerak bila Abah bercakap dengan nya. Aku genggam erat tangan Ibu yang pernah memandikan aku, memimpin aku bertatih, menyuapkan makan minum aku, mendodoikan aku dan tangan yang telah membesarkan aku. Aku kucup tangan yang tidak pernah menyakiti aku. Ibu, bangunlah ibu, aku rindukan belaian tangan mu. Loceng telah berbunyi, menunjukkan waktu melawat sudah tamat. Aku harus meninggalkan ibu. Aku peluk Abah erat-erat, aku kucup pipi ibu yang masih kaku. Berat rasanya kaki ini melangkah meninggalkan ibu.
Kepulangan aku ke kolej malam itu, di sambut ceria oleh Halim yang baru sahaja pulang dari Bukit Fraser.

” Baru balik Faz ? Kau dari mana?”

” Erm, dari Plaza Alam Sentral, tadi pergi survey laptop.”

” So, macam mane ? Dah dapat laptop yang ok ? “

Aku hanya membisu.  Tidak menjawab pertanyaan Halim. Seperti biasa, sekembalinya Halim dari mana-mana tempat rombongan atau kursus. Dia tidak akan henti-henti menceritakan keindahan tempat tersebut sambil menunjukkan beberapa keping gambar yang sempat di rakamnya.

” Ko serius ko ok Faz ? Aku nampak ko macam ada problem jer ? Macam laki mati bini, macam ayam berak kapur pun ada. “

” Tak ada apa-apalah Halim. Aku penat jer ” Sengaja aku sembunyikan dari Halim pekara yang sebenarnya.

Halim mencelah, mungkin menyedari perubahan mood aku pada malam itu. Aku di kenali sebagai seorang yang happy go-lucky , humor,  suka ketawa dan membuat orang lain ceria dengan lawak-lawak bodoh aku. Tetapi,  aku akan menjadi seorang yang amat matang bila bersama seseorang yang aku cintai. Kematangan itulah yang menjadi punca perpisahan aku dengan Maya, seorang gadis manis yang pernah menyinggah di hati.  Jauh di lubuk hati aku menginginkan perpisahan itu. Tetapi, untuk kebaikan aku dan Maya, aku rela lepaskan Maya. Sejak dari itu jugalah, pintu hati ini telah tertutup untuk mencintai seorang wanita melainkan ibu. Mengikut cerita beberapa kawan rapat Maya, Maya telah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka pilihan hatinya. Mungkin juga kerana sikap keras kepala dan keegoan aku yang telah memutuskan perhubungan itu. Namun, hati aku ini masih lagi punyai ruang untuk Maya, andainya dia mahu kembali pada aku.

” Woi, mengelamun jer kau nih, jiwang karat betul. Dah pukul 1.00 pagi dah, pegi tidur la. Esok nak pegi kelas lagi ”

” Sibuk, kacau line jer kau nih. Orang nak jiwang sikit pun tak boleh “

3
Ibu seorang wanita yang sungguh tabah. Hanya sekali sahaja aku pernah melihat ibu mengalirkan air mata, iaitu sewaktu Arwah Nenek (ibu kpd ibuku) meninggal dunia 10 tahun lepas. Aku tahu, ibu cukup sedih pada waktu itu kerana telah kehilangan seorang wanita yang telah banyak mencurahkan kasih sayang pada beliau. Aku juga turut mengalirkan airmata, walaupon aku masih lagi kecil pada waktu itu, aku dapat merasakan kehilangan seperti mana yang Ibu rasakan. Mungkin kerana Ibu anak bongsu, dan banyak mendapatkan curahan kasih sayang dari arwah Nenek.  Hanya Arwah Nenek sahaja lah yang Ibu ada. Menurut Ibu, bapa Ibu telah meninggal dunia sewaktu Ibu masih kecil lagi. Mungkin kerana itulah pemergian arwah Nenek cukup meninggalkan kesan pada Ibu. Neneklah bapa, Nenek jualah ibu pada Ibu. Sungguh tabah arwah Nenek membesarkan Ibu tanpa suami di sisi. Ibu juga tabah mengharungi usia kanak kanak tanpa kehadiran seorang bapa yang di gelarkan Ayah.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi, sudah sampainya masa untuk aku melawat ibu. Inilah rutin ku setiap hari sejak ibu di masukkan ke wad dua minggu lalu. Wajah Ibu semakin cengkung. Tidak banyak kata kata yang keluar dari mulut sejak Ibu mula sedarkan diri  dua hari yang lalu. Sesungguhnya, aku amat merindui leteran dari Ibu, leteran dari ibu mengingatkan aku yang selalu menangguhkan waktu solat. Leteran dari Ibu yang selalu mengingatkan aku untuk mengulangkaji pelajaran. Dan, yang paling aku rindukan sebenarnya adalah melihat Ibu seperti dahulu. Ya, seperti waktu waktu dahulu. Sewaktu aku masih kecil, sewaktu aku di bangku sekolah rendah, sewaktu ibu menyikat rambutku setiap pagi, sewaktu aku tidur di atas peha Ibu ketika menonton Televisyen dan Ibu mendukung ku ke kamar tidur. Sungguh aku merindui saat saat bersama Ibu waktu itu.

Aku genggam erat tangan ibu sambil mengusap lembut dahi ibu. Seperti Ibu mengusap dahiku sewaktu aku demam tidak lama dahulu. Tapi, aku tidak setabah Ibu. Air mata yang aku tahan selama ini akhirnya terlerai jatuh juga di depan Ibu. Ibu masih gagah, mampu lagi mengusap air mata ku pada ketika ini sambil tersenyum. Aku tahu, Ibu cuba menyembunyikan peritnya penderitaan yang ditanggungnya sekarang.

"Kenapa anak Ibu menangis? Kan Ibu ada di sini sayang."

Aku hanya membisu, tidak gagah seperti ibu untuk menuturkan kata kata pada waktu dan saat ini. Aku kucup tangan ibu.

" Anak Ibu kan gagah, lelaki yang gagah tak boleh menangis sayang "

Aku tinggalkan Ibu kerana terpaksa memberi giliran untuk adik beradik ku yang lain melawat Ibu.

To be cont

Thursday, 18 March 2010

Kisah Pengembara Beg Galas - Backpackers

Huargh. Posting yang ke 3...berjaya akhirnya membendung perasaan malas aku untuk menekan papan kunci(keyboard) dan mengerakkan tikus (mouse)-jijik kan jika kite bahasa melayu kan-jgn marah....sebab itu ah aku menyokong Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. (walaopon bahasa inggeris aku sgguh teruk...aku suke membaca buku2 dan surat khabar berbahasa Inggeris terutamanya The Star)

Kembali kepada idea title posting yang asal. (nasib baik kembali cepat2..aku suka melalot ke mane2 ntah...maklumla aku kan suke merapu)<-----melalut lagi aku....

Mungkin oleh kerana aku dilahirkan pada bulan Julai dan di katakan Individu yang lahir pada bulan Julai adalah seorang yang mempunyai ciri-ciri seorang pengembara. Sejak dari kecil lagi aku memang berminat dgn backpackers. Walaopon cerita dora the explorer belum mula wujud lagi pada waktu itu untuk mempengaruhi aku menjadi seorang bagpackers.

                            Anak buah Athirah suke cite nih...


Aku masih ingat lagi beg galas ala2 backpackers aku yang pertama berjenama Canadian Knapsack. beg yang aku gunakan selama tiga tahun dari darjah 4 sampai ke dahjahanam (akkakakkaa)....sampai skrg beg tu ada lg kat umah. Aku rase aku pakai lagi kot sampai Form 4 n Form 5 kadang2 untuk berulang alik dari rumah ke asrama.

Bag pack ala2 backpackers aku yg ke dua pulak aku beli waktu aku menimba ilmu di Kolej MARA Seremban...aku beli kat Seremban Parade dgn harga RM 45 hinggit jerk brand nyer rusty gears sports outdoors . Tapi sungguh memuaskan hati aku, menang membeli, menang memakai, sampai skrg aku pakai beg itu (xpenah basuh tuh). Bayangkan dah berapa taun . Dari tahun 2003 aku beli sampai skrg tahun 2010.

                        Tu beg aku...cantik kan....ekekekek..

Dan backpack aku yang terbaru aku baru jer beli dua minggu lepas (actualy aku dah lame nak beli backpack baru, baru tercapai cita2 ku itew) dgn harga RM 130 Brand Lowe Alpine Jenis Cerrotore 40 Liter, siap ade rain cover lagik...I like.... Beg nih, aku rase sgt sesuai untuk trip 3 hari dua malam yang selalu aku buat.

                   Inilah beg baru aku...best giler...aku puas hati...

okeh kembali kepada tajuk asal balik untuk kali yg ke dua kot aku kembali.....Intro die siap aku cite pasal beg lagih.... Dewasa ini ramai golongan anak muda dan tak berapa muda berminat dgn aktiviti Pengembara beg galas. Tapi, tahukah anda apakah itu maksud backpackers? Aku cuba mencari maksud sebenar backpacker. Tetapi tersangatlah susah untuk mendapatkannya dalam versi bahasa Malaysia.

Menurut wikipedia (laman web yg sangat membantu aku untuk mendapatkan info tentang ape-ape sahaja)

Backpacker may refer to:

* A person participating in backpacking (wilderness) or backpacking (travel)
* A traveler whose luggage consists of a backpack
* An inexpensive place to stay, such as a hostel

1# Backpacking (wilderness), hiking and overnight camping in the wilderness with supplies carried in a backpack for the entire duration of the trip, as opposed to dayhiking or car camping
2# Backpacking (travel), low-cost, generally urban, travel with minimal luggage and frugal accommodations; it is similar to wilderness backpacking in that personal belongings are also carried in a backpack for the duration of the trip
3# Ultralight backpacking, backpacking while carrying very few or very lightweight supplies

Note: A backpack (also called rucksack, knapsack, packsack, pack, or Bergen)

Seperti biasa, setiap pencarian mesti lah ade finding nyer. Dan finding aku adalah: Pengembara Beg Galas adalah seorang yang suke mengembara dgn memikul beg ke mana sahaja dgn membawa barang2 keperluan di dalam beg galas dan membelanjakan wang mereka pada kadar yang murah untuk tujuan pengembaraan itu. Mereka suke mengembara ke mana-mana sahaja.

Note: Pengembaraan Beg Galas Solo aku akan bermula pada Tahun 2012 mengelilingi asia....lepas tuh aku nak kawin...Yahooo..Yahooo.... Aku sdg mengumpul duit untuk tujuan ini, kepada sesiapa yang berminat untuk memberi penajaan kepada aku. Adalah amat di alu2 kan. (nanti aku buat baju, ltk name korang yg bagi penajaan kat aku...baju tuh aku pakai mase aku mengelilingi asia nih nnti..) Hikhikhik...Chiaow...

Thursday, 11 March 2010

Kisah Oil Filter Proton di Kereta Mercedez Mate Belalang Kontot ku...


huargh.Akhirnya aku berjaya wat posting yg ke 2 dalam blog aku. Huhuhu. Sebagai seorang pengguna yang bijak kita wajar mengetahui hak2 kita sebagai Pengguna dibawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Jangan biarkan anda di tindas. Byk benda baru yang pelajari akibat dari musibah yang menimpa kereta aku tuh (nanti aku ceritakan kes kete aku tu eh). Aku sedar Kesedaran Masyarakat Malaysia mengenai Konsumerisme adalah amat kurang berbanding dgn negara lain. Sewaktu ke Tribunal Tuntutan Pengguna pada minggu lepas, aku tgk ade 3 orang jer tgh Q untuk pertanyaan di Tribunal tuntutan Pengguna. aku sorang jer Melayu, yg tiga lagi tuh orang cina. Mungkin orang Melayu mmg tak kisah sgt kot pasal hak2 Pengguna nih.

Kes aku:

Pada satu tarikh awal December 2009, Aku telah menghantar kereta aku untuk di servis ke Bengkel ZAAN MAJU ENTERPRISE, ala yg kat Pharmaniaga kat Sect 7 tuh....pintu masuk ICT on de way ke Bukit Raja tuh.. (First time aku anta kete aku kat bengkel org Melayu, dgn niat baik aku nak support bisnes org kita). Servis standard jer la, tukar minyak itam, oil filter(gambar oil filter kat atas tu adalah hiasan sahaje) dll basic service. Aku telah membuat bayaran sebanyak RM 75 untuk servis terbabit. (aku sempat compare lagik aku pegi Bengkel org Cina, aku byr dgn harga yg same untuk minyak itam yg same, aku bleh dapat servis lebih dan lagi bagus) Kat bengkel Melayu nih, yg menservis kete aku tuh seorang warga Bangladesh. (kalo pegi bengkel Cina, kbykannya org Cina sendiri yg servis).

Lps servis, aku pon pergila jalan2 melihat alam dgn kawan aku. Tup tap, tup tap, aku tgk ade lampu blinking2 kat dashboard aku. Lambang cerek (aku sungguh bodoh actualy pasal kete, aku ingat air ke kering...aku xde terlintas plak minyak itam, x lojik kan minyak itam kering, sebab aku baru servis stengah jam yg lepas) Aku pon berenti kat stesen minyak Petronas untuk buat trouble shooting,aku carik ler ape poblem kete aku nih. Tup tap2, aku bukak bonet depan aku tgk enjin kete aku berasap. Takut giler, (menambahkan lagi keyakinan aku lampu blinking2 tuh sebab air kering kan)...Membe aku pon perasan, ade somting yang menitis dari bawah enjin kete aku. Ya Allah Minyak itam. Kenapa boleh bocor? agaknya penutup minyak itam kat bawah tuh tak rapat kot. Aku jenis org yang cool, tak suke nak marah2 orang tak tentu pasal. Aku rileks jer, membe aku tu yang lebih2 mengomel pasal bengkel tuh. Aku cube mententeramkan keadaan beliau.

Dengan hasrat murni aku untuk tidak menyusahkan bengkel terbabit, aku tuang baki minyak itam yang tersisa dalm kete aku tuh masuk ke enjin aku balik. Plan nak bawak gi bengkel tuh untuk beliau memperbetulkan balik keadaan kete aku.

Malangnya, hasrat murni aku itu tidak kesampaian. tiba2 kete aku sempot kat tgh jalan. aku bukak la bonet depan kete Mercedez mata belalang kontot aku tuh. (aku menjerit sekuat hati, OH MY GOD gaya2 Angelina Jolie dalam cite The Italian Job-erks wujud ke parts nih ha?)

Korang tahu tak ape sebenarnya yg berlaku? hmm...sedih aku...Menyumpah2 dalam hati, walaupon aku tak tahu sgt pasal enjin kete, tapi aku pandai la membaca kan. (Bangla tu tak pandai bace la). Mamat bangla tuh pi masukkan Oil Filter Proton kat Kete Mercedez Mate blalang kontot aku nih....mane la ngam...mase aku bukak bonet depan kete aku tuh, benda alah yg digelar oil filter tuh tersembul keluar...menampakkan tulisan Proton yang besar amat-sebab tu la aku tahu, mamat bangla ni salah pasang oil filter. Nak marah pun tak guna kan, benda dah jadi. Aku mmg tak suka nak marah org pon, sebab aku pon tak suke org marah aku.

Terpaksa la call jugak bengkel terbabit (nasib baik aku nih jenis org yang suke mintak bill dan menyimpan bill). Bengkel tu macam tak nak entertain aku, aku terpaksa call dua kali setelah hampir setengah jam menunggu. Nasib baik aku nih bijak kan (ekleh puji diri sendiri plak) wat trobule shooting before call. Aku pon ceritakan lah ape yg terjadi pada bengkel tuh dalam tepon. Hampir sejam, belaiu dtg bersama bangla terbabit. Masuk oil filter baru dan minyak itam baru. Dia stat enjin kete aku, aku tanye la..kete aku okeh tak? die cakap okeh. Cume kena betulkan sikit, tak per boleh pakai lagi nih brader tuh ckp. Dia janji dgn aku akan menanggung balik segala kerosakan enjin kereta aku.

Lps satu minggu, aku pi la anta kete aku tuh kat bengekl terbabit, tapi almalangnya kete banyak sgt. Dia suruh aku dtg lain kali, aku pergi lagi lain kali, kete banyak lagi..sampai la kali ke 3 aku pergi, baru aku berjaya menempatkan kereta aku di bengkel tersebut (itupon setelah bunyik enjin kete aku tuh dah bunyik macam enjin traktor).

Satu minggu berlalu, aku pergi bengkel tuh....belum siap lagik...malah kete aku tuh di biarkan jer kat luar tuh....

Dua minggu berlalu, kete aku dah di bukak enjinnya, tapi pekerja bengkel terbabit suruh aku jumpa Bos dia. Aku tinggalkan no telefon aku untuk Bos beliau menghubungi aku kembali.. Tak der call2 jugak...

Sebulan berlalu, aku call balik bengkel tuh. Pekerja berjanji akan call aku balik, sekali lagi aku tinggalkan no telefon aku.

Sebulan setengah berlalu, aku call lagi, sekali lagi pekerja terbabit berjanji akan menyuruh bos nya membuat maklum balas inquiry aku.

Dua bulan berlalu, aku call lagik. Same jer jawapan dia...

Lps tuh aku sms, tak di reply.

Pada 2 Mac, aku call balik same jugak jawapan pekerja dia. Aku rase aku dah cukup bersabar sehabis baik. Aku terpaksa mengambil tindakan undang2 ke atas pemilik bengkel terbabit. Aku pon pergilah ke Tribunal Tuntutan Pengguna, Tribunal tolak kes aku. Katanya tidak relevan untuk di bicarakan di Tribunal Tuntutan Pengguna. Aku terpaksa ke Biro Aduan KDNHEP kat tingkat 15 Bangunan MRCB.

Nnati aku sambung balik cite aku...panjang giler nih...penat aku menaip...Hari Isnin ini akan ade la sesi perbincangan aku bersama pemilik bengkel terbabit. Aku ada jalan terakhir yg boleh membuatkan aku lebih kaya dan penantian aku selama 3 bulan untuk kete aku tu siap lebih berbaloi..aku saman bengkel terbabit..ahaha...Itu adalah plan ke 2 aku kalo perbincangan aku ari isnin nih tidak mendapat kata putus. Yes...aku suka sebenarnya Plan No 2 aku nih...sebab aku akan menjadi lawyer untuk diri aku sendiri kat Mahkhamah nnti....hehehe...aku nak mintak ganti rugi teladan dan ganti rugi akibat aku dah mula trauma tgk mat bangla + trauma nak lalu dpn bengkel tersebut...ahaha...